CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Airee Beautycare Night Cream, BL Ledehh Day Cream Dikesan Ada Racun Berjadual – KKM

10-7-2023 06:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 712| Komen: 6

Putrajaya: Dua produk kosmetik, Airee Beautycare Night Cream dan BL Ledehh Day Cream dikesan mengandungi racun berjadual yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.


Beliau berkata, produk Airee Beautycare Night Cream mengandungi racun Merkuri yang boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.



“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan selain mengalami ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, BL Ledehh Day Cream pula didapati mengandungi racun hydroquinone dan tretinoin yang mana ia adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah serta hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.


Katanya, penggunaan produk yang mengandungi bahan hydroquinone tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan sert perubahan warna kulit yang tidak diingini.


Selain itu, kulit boleh menjadi hipersensitif, menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.


“Tretinoin boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.


“Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya.

Bagi kesalahan berikutnya, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.


Katanya, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.


“Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.


“Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store,” katanya. 



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 10-7-2023 06:49 PM
sapa la yg dengki dekat usahawan mulayu kita ni
Quote kitmal 10-7-2023 09:00 PM
MMM Produk timbang KILO ... yang beli pula tak siasat dulu ke syarikat ni ada kilang ke tak..tak sayang muka dan badan ke>>???
Quote CatMiow 10-7-2023 11:18 PM
Masih juga ada yang percaya produk macam ni?
Quote budakshinchan 11-7-2023 08:35 AM
entah² founder product timbang kilo ni belum tentu pakai products yang dia jual.. acah acah lawa pakai skincare yang dia jual.. padahal buat surgery la inject la.. founder & agent patot kena rejam dengan products beracun yang depa jual ni..
Quote adawiyah_hakim 11-7-2023 02:09 PM
BL Ledehh Day Cream. Ledehh??? rempitnya nama krim
kalaupun takde merkuri, tak maunya aku pakai hihihi!!
Quote BumpIQ 11-7-2023 02:12 PM
NI LAH PRODUK2 JUALAN ONLINE @Bipolajourney  YANG TAK LAKU DI JUAL TU SAMPAI DIA SENDIRI KENA TIPU2 JADI OKU MENTAL UNTUK TIPU BANTUAN KERAJAAN DAN SALAH GUNA DUIT BANTUAN

NI BUKAN AKU CERITA TAU NI DIA YANG CERITA DAN INFO NI DI SAHKAN BETUL OLEH HACKER BELIAU YANG SUPPLY SEMUA SCREENSHOT KEPADA DIA (HACKER TU PENYANGAK TERENGGANU UMUR 40, MUKA HITAM LEGAM DAN LEPASAN UKM)

AKU DAH DAPAT KEIZINAN DARI DIA UNTUK JAJA KISAH DIA

BUKTI DI BAWAH

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.048647 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top