CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Serang Tadika, Enam Terbunuh

10-7-2023 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 271| Komen: 0

BEIJING: Enam orang terbunuh, manakala seorang lagi cedera dalam serangan di sebuah tadika di wilayah Guangdong, selatan China.

Berikutan itu pihak berkuasa menahan seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki menyerang dengan menikam mangsa.


Suspek dengan nama keluarga Wu dan dipercayai dari Lianjiang, sudah ditahan, kata polis sambil memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Foto: Agensi

Tiada butiran lanjut diperoleh setakat ini. Insiden itu menarik perbincangan hangat di Weibo, platform media sosial popular dengan 130 juta tontonan setakat pukul 12.20 tengah hari (waktu tempatan) hari ini.

Sementara itu, menurut jurucakap kerajaan bandar, mangsa terkorban membabitkan seorang guru, dua ibu bapa dan tiga pelajar.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan perincian mengenai identiti dan umur mangsa, mahupun senjata yang digunakan dalam serangan itu, yang berlaku di bandar Lianjiang.


“Seorang suspek sudah ditahan,” katanya sambil menambah siasatan polis sedang dijalankan.

Insiden itu berlaku sekitar 7.40 pagi (waktu tempatan), lapor China News Network yang disokong kerajaan.

China melarang sekeras-kerasnya rakyat daripada memiliki senjata api dan terdapat beberapa insiden tikaman dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Serangan maut yang secara khusus menyasarkan sekolah berlaku di seluruh negara, mendorong pihak berkuasa meningkatkan keselamatan di sekitar sekolah. – CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054687 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top