CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Sakinah Ajak Orang Ramai Tandatangan Petisyen Untuk Batalkan Pembinaan Lapangan Terbang Di Pulau Tioman

10-7-2023 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1656| Komen: 12

Sharifah Sakinah mengajak orang ramai menandatangani petisyen untuk membatalkan pembinaan lapangan terbang di Pulau Tioman, Rompin, Pahang.

Di Instagram, petisyen tersebut merupakan salah satu cara mengumpulkan suara orang ramai untuk menghalang pembinaan itu.


Foto: IG

“The power is here now. Please sign the petition on my instastories. Thank you,” ujarnya.



Di dalam hantaran tersebut, Sakinah berkongsi video dan gambar anaknya serta pemandangan indah di pulau tersebut.

Menurut petisyen itu, pembinaan lapangan terbang baru di pulau berkenaan akan menjejaskan kehidupan laut dimana mereka akan menerima kunjungan orang ramai dan kemudahan infrastruktur akan dibina.



Selain itu juga, punca pendapatan penduduk tempatan dan operasi perniagaan akan terjejas.


Sekadar info, anak saudara kepada Sakinah dan anak kepada Sharifah Shahirah iaitu Allisya Tahir turut menetap di Pulau Tioman bersama suaminya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 10-7-2023 05:35 PM
Iols sokong ni...mmg kesianlah terumbu karang kat situ
Quote Perawankota 10-7-2023 06:32 PM
Airport lama jadik apa? Kenapa nak buat airport baru?
Quote dudaberhias 10-7-2023 06:35 PM
aik kenapa nak buat lagi airport?

nak perabih duit kerajaan ke apa... yang airport kulim tu pun tak jalan lagi...

Quote prince_marhaen 10-7-2023 06:40 PM
anak sheols macam genetik arab-arab Yemen arab maldives ye...
Quote sleepandream 10-7-2023 07:58 PM
airport sedia ada tu kecit jah kan...
mcm tak sesuai la kot a320 737 nak landing situ... hagaknye la...
kalau cuti sekolah hazab jugakla nak beratur naik ferry
Quote Beribear 11-7-2023 08:05 AM
Elok je naik feri takde masalah pon. Ni nak buat belah the barat tu ke? Jangan nak mcm² lah ko keluarga pahang. Aku lempang ko satgi. Kata soh org dtg tioman, lah ni ko nak menjahanamkan pulak. Bencana²  tak tahu nak kata la
Quote aammyy 11-7-2023 08:33 AM
I tak rasa petition tu membantu pun. Kalau nak betul2 buat bantahan, viralkan kat FB. Sbb kat sana baru la pakcik makcik pengundi2 nampak, time tu la bapak bapak menteri semua menggelupur. Benda2 petition dekat change tu tak dipandang pun la. Setahu I la. Sebelum ni ada sign petition kat situ mcm takde perubahan pun. Taktau la korang.
Quote kucingitam 11-7-2023 09:53 AM
aammyy replied at 11-7-2023 08:33 AM
I tak rasa petition tu membantu pun. Kalau nak betul2 buat bantahan, viralkan kat FB. Sbb kat sana b ...

betul..xde apa result pun petition kat change tu..
Quote dekmieDandy 11-7-2023 03:03 PM
still tak setuju nak buat, pasai yang kaya nanti si apek rambut ketak tu jugak

bila dah mati coral situ baru la nak terhegeh-hegeh

tapi kalau pokok atas darat ni pun dia buat tak tau, ini pulak ikan dalam laut ni

hasil kerajaan gading gajah ni
Quote Girl-N-Roses 11-7-2023 03:47 PM
tioman ni kalau tanya sana sini semua projek under berjaya vincent tan
orang  melayu jati anak tioman miskin merempat
ada tanah modal tak ada
cina minta tanah terus naik projek mega
tu lah realiti kt tioman
Quote Zeatyisaac 11-7-2023 07:26 PM
Petition tu bagus, tapi bila ia datang dari Sharifah Sakinah,....hmmm
Quote xtravaganza 12-7-2023 09:31 AM
Bgs petition ni..ada certain tempat better xpyh buat bnda2 ni. Bnyk sgt pencemaran. Ke sbb pendtg haram sng/bnyk dpt kerakyatan yg sifat cintakan negara tu kureng. Tiberrr..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.033228 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top