CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Australia Akan Mula Jual Bawang 'Tak Menangis'

10-7-2023 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 205| Komen: 2

Bekalan pertama bawang yang tidak memedihkan mata akan mula dipasarkan di Australia.

Pasar raya Woolworths di Australia pada Isnin mengumumkan varieti bawang itu akan mula dijual di kedai di seluruh New South Wales, Victoria dan Australian Capital Territory dari Rabu hingga September.



9News

"Bawang yang unik itu sesuai seperti namanya, bawang yang mungkin membuatkan anda kurang mengalirkan air mata ketika anda memotongnya," menurut Woolworths dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan itu, bawang itu mengandungi hanya sedikit bahan kimia dan enzim semula jadi juga dikenali sebagai sebatian yang mudah meruap, yang menyebabkan mata berair dan kerengsaan.

Di samping itu, sebatian itu akan semakin berkurangan selepas ia dituai, berbanding dengan bawang biasa yang sebatiannya meningkat dari semasa ke semasa.

Menurut Woolworth, tanaman bawang yang tidak memedihkan mata itu dibangunkan selama beberapa dekad menggunakan kaedah semula jadi, termasuk pembiakan kacukan varieti bawang sedia ada, menyebabkan rasanya kurang "kuat" dan lebih manis sedikit berbanding bawang biasa.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 10-7-2023 05:53 PM
semulajadi ke gmo?
Quote CiliPadiSedap 10-7-2023 10:27 PM
Levespa: semulajadi ke gmo?


Semula jadi. Nama saintifik dia onion aunty

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.032027 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top