CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Mayat Dalam Bungkusan Kanvas Dibuang Dalam Semak, Polis Siasat Sama Ada Tatu Terkait Kongsi Gelap

10-7-2023 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 595| Komen: 3

Penghantar barang runcit terkejut apabila menemui dua mayat lelaki bertatu dalam semak di Jalan Kampung Ujong Padang, Cheng, Melaka kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Mayat terbabit dipercayai dibunuh kira-kira tiga hari lalu dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada tatu yang terdapat pada tubuh kedua-dua si mati mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan kongsi gelap.



UTUSAN

Hasil pemeriksaan mendapati, mayat dibungkus dalam kanvas dan diikat menggunakan tali kabel.

“Kita menemui tatu di anggota badan, namun ia pudar dan siasatan lanjut sedang dilakukan sama ada ia berkaitan dengan kes pembunuhan ini.

“Satu mayat dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian dengan berbaju T hitam dan berseluar pendek, manakala di sebelahnya mayat lelaki tidak berpakaian dan hanya berseluar pendek.


“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada kedua-duanya dan kita percaya mereka ini dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di tepi jalan dekat sini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Harian Metro

Tambah Christopher, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita percaya kedua-dua lelaki ini telah dibunuh sekitar tiga hari lalu berdasarkan keadaan tubuh badan mereka,” jelasnya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 10-7-2023 07:06 PM
Makin menjadi2 kes macam ni skang
Quote apalancut 10-7-2023 09:11 PM
malaysia darul mexico
Quote hayrin86 11-7-2023 09:39 AM
Kalau ya (terlibat dengan kongsi gelap dan sebarang kegiatan jenayah termasuk khianat harta benda), bagus la tu..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.039719 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top