CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Tahun Hilang Tup-Tup Kahwin Dengan Wanita Lain! Isteri Berang Serang Kenduri Kahwin Suami, Tuntut Nafkah Dua Anak

10-7-2023 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 661| Komen: 2

JAKARTA  –  Seorang wanita yang mengaku isteri pengantin lelaki hadir dan membuat kacau di sebuah majlis perkahwinan di Asahan, wilayah Sumatera Utar.

Harian Mistar melaporkan,  dalam hantaran tular di laman Facebook, kejadian tersebut memaparkan seorang wanita berbaju hitam tiba-tiba muncul di majlis perkahwinan tersebut sambil membawa anaknya.


Dia menjerit dan meminta suaminya supaya bertanggungawab  dalam memberi nafkah kepada anak mereka.


Foto: Harian Mistar

Sebilangan individu dipercayai wakil tuan rumah  berusaha menenangkan wanita berkenaan dan meminta dia pulang.

Wanita bernama Silvia itu memberitahu pemberita bahawa dia nekad bertindak demikian selepas suaminya berkahwin lain tanpa menceraikannya terlebih dahulu.

“Dia sudah tiga tahun meninggalkan saya dan anak-anak begitu sahaja ketika saya hamil anak kedua,” kata Silvia.


Selama tiga tahun ditinggalkan, Silvia berkata, suaminya langsung tidak memberikan nafkah. 

Selepas mendapat tahu mengenai perkahwinan itu, kemarahan Silvia memuncak, menyebabkan dia nekad  hadir ke majlis tersebut.

Selepas ‘menyerang’ suaminya di majlis itu, Silvia kemudian membuat laporan polis bagi dakwaan mengabaikan anak. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 10-7-2023 06:28 PM
Ni champion.  Bukan macam yang tarek kes saman sekor tu..
Quote kelapaparut 10-7-2023 07:10 PM
perangai jantan melayu semenanjung dgn jantan sumatera same je kalu bab kawen baru xbg nafkah kat anak bini. semuenye nak sedap kotte je, nak mcelup sane sini.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.153147 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top