CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Penunggang Ducati Sedih, Marah Tengok Tertuduh Di Mahkamah

10-7-2023 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 648| Komen: 6

Sedih berbaur marah, tiada kata dapat digambarkan anak penunggang Ducati yang maut di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) melihat tertuduh yang didakwa menyebabkan kematian bapanya didakwa di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.


“Saya rasa sedih dan marah, bila saya tengok muka dia, saya betul-betul rasa marah sebab hilang seorang ayah,” katanya ketika ditemui selepas prosiding hari ini.


Muhammad Hafidz ketika hadir di mahkamah melihat prosiding hari ini.

Dia yang juga anak sulung daripada empat beradik itu berkata, hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan hilang orang yang paling rapat dalam hidupnya.

“Ayah dengan saya memang sangat rapat. Kami selalu ‘ride’ dan pergi surau sama-sama, bila dia tidak ada saya betul-betul rasa kehilangan,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya sebab dia memilih untuk hadir ke prosiding mahkamah kes itu, Muhammad Hafidz berkata, dia mahu mengetahui apa saja perkembangan tertuduh.


Pada masa sama, Muhammad Hafidz turut meluahkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan bapanya selain berikrar akan hadir ke mahkamah pada setiap kali prosiding kes itu dijalankan.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini mengarahkan lelaki yang tular menunggang motosikal secara melawan arus hingga mengakibatkan penunggang motosikal Ducati di Lebuh Raya SUKE menjalani ujian psikiatri di Hospital di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Majistret Amalina Basirah Md Top memerintahkan demikian terhadap Mudzyadaha Mohammad, 42, selepas tertuduh mengaku tidak bersalah terhadapnya pertuduhah yang dibacakan ke atasnya selain membenarkan permohonan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)
Izleen Ismail mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 10-7-2023 04:19 PM
sabar dik sabar
susah nak berurusan dengan undang2 yg senang nak claim org tiba2 jadi auto gila ni
Quote hareeeesah 10-7-2023 04:33 PM
Belum tentu hidup tidur dia tenang, jgn lupa dia pn ada family anak bini tiba ² claim oku. Semoga Allah balas manusia gini. Sikit xde hati perasaan
Quote mizruncing 10-7-2023 04:38 PM
klu aku pon bengang dh sebabkan org mati kau nak claim giler plakkk.. ehh nape la ko pn x jatuh skli ari tu
Quote Kurex 10-7-2023 04:39 PM
Mcm dap muhammad hafidz ni
Quote anony-mous 10-7-2023 04:40 PM
Xkn la setakat OKU bodoh2 dpt lepas? Apa bangang rules undang2 mcm ni? Kalau ada ank bini, boleh ada lesen, cas mcm org biasa la. OKU yg betul2 gila mcm org duk bawah jambatan tu sesuai la nk ringankan hukuman. Celaka betul dah salah nk guna kad OKU
Quote anony-mous 10-7-2023 04:42 PM
Klau rasa nk buat mcm ni, masukkan data OKU pesen ni dlm jpj, lesen auto cancel. Dinyatakan x fit utk bawa kenderaan. If x setuju, buat syarat apa2 jd kemalangan , kena cas as normal person

Cth adhd pon ada OKU card, tp xbermakna cacat smpai bodoh xboleh fikir salah jalan.

Yg ni dh la oku cacat otak xreti nk jumpa family mangsa

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.085055 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top