CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Parah Tangki Septik Meletup Ketika Buang Air Besar Angkara Rokok

10-7-2023 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 992| Komen: 7

Tindakan seorang lelaki menghisap rokok ketika membuang air besar menyebabkan tangki septik meletup.

Pasukan Makmal Forensik bersama Pasukan Pemusnah Bom Briged Bergerak Polis Wilayah Sulawesi Selatan dilaporkan bergegas memeriksa lokasi letupan di sebuah asrama di daerah Wajo kelmarin.



KEADAAN bilik yang musnah akibat letupan tangki septik di bangunan asrama di daerah Wajo di Sulawesi Selatan.-AGENSI

Perkara itu disahkan Ketua Polis Wajo, AKBP Fatchur Rochman.

Fatchur berkata, letupan itu mengakibatkan penghuni asrama berkenaan cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

“Berdasarkan hasil analisis, penyebab letupan itu adalah daripada unsur gas yang serupa dengan yang ada di tangki septik.

“Mangsa didapati menyalakan mancis ketika hendak membuang air besar, menyebabkan semburan api muncul diikuti dengan ledakan kuat.


“Kejadian itu mengakibatkan 60 peratus tubuh mangsa melecur sehingga terpaksa mendapatkan rawatan intensif di Hospital Hikmah Sengkang,” jelasnya dipetik CNN Indonesia.

Fatchur berkata, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian selepas letupan yang berlaku turut mengakibatkan tembok pemisah di bilik asrama runtuh dan beberapa tingkap pecah.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 10-7-2023 04:24 PM
haiyooo.. scarynyahhhhhh...
Quote shamsadis 10-7-2023 04:37 PM
tahniah, nasib baik yang buat muhasabah turut terkena
Quote cikatilia 10-7-2023 04:42 PM
gas power eh septik tank
nasib arr
Quote anony-mous 10-7-2023 04:44 PM
Cuba tanya dia , akan merokok lg x lepas ni?
Quote antikorok 10-7-2023 04:44 PM
Gas metana. Mesti tangki septik tuhh tak ikot spesifikasi keselamatan khenn takde lobang pelepasan gas maka nyeh gas buangan najis maknoosia yg dah bertahun tuh terkumpol hingga bertekanan tinggi ibarat bom jangka tunggu masa meletop gaytohh
Quote swimswim 10-7-2023 06:32 PM
Ok. Done screenshot and fwd ke laki
Quote batmana 11-7-2023 03:05 PM
Patut tampal berita camni kat tandas berak laki..akubbenci betul tgh berak org isap rokok. haram jadah xcukup oksigen nak teran..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.174716 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top