Isu tular mengenai kanak-kanak trauma digigit seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Pantai Timur, kini dalam siasatan Kementerian Pendidikan (KPM). Memandang serius mengenai dakwaan itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti berlaku.
"KPM sudah mengenal pasti hantaran yang dimuat naik (di Facebook) mendakwa kejadian itu, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan KPM memandang serius perkara ini dan dalam masa sama kami menjalankan siasatan lanjut. "Jika ada kes seperti itu tindakan sewajarnya tentu akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya, Butterworth. Dalam hantaran yang tular sejak senakan, ibu murid lelaki tersebut pada mulanya beranggapan bahawa anaknya menjadi mangsa buli sehingga akhirnya terbongkar kisah bahawa anaknya digigit seorang guru hingga takut untuk ke sekolah.
Dakwa wanita itu bukan anak lelakinya sahaja menjadi mangsa tetapi kejadian itu turut berlaku terhadap beberapa murid lain apabila guru berkenaan menggigit bahagian seperti mulut, tangan dan telinga. Sumber: Sinar Harian
|
Kurex replied at 10-7-2023 04:43 PM
Yg jantan tunjuk kiri, yg betina tunjuk kanan. Yg tua tengok singki, yg rasis tengok camera. Lain ka ...
dua_chzy replied at 10-7-2023 05:06 PM
Confirm tandas budak jantan deols masuk tu kan? Geli betul aiol tengok. Terbayang2 bau tandas bebuda ...
CiliPadiSedap replied at 10-7-2023 08:11 PM
kenapa nobita ada kt situ?
ADVERTISEMENT