Serba salah, serba tak kena jadinya apabila mahu menolak daripada menjadi penjamin pinjaman dibuat abang sendiri. Menerusi luahan yang disiarkan Twitter @pedoqpop, pemuda ini serba salah apabila abangnya memohon pertolongan kerana mahu membeli sebuah kereta baharu.
Bukan enggan membantu adik-beradik sendiri, namun pemuda tersebut berkata dia sekadar mengambil langkah berhati-hati kerana tidak mahu akhirnya 'terjerat' dengan masalah di kemudian hari. Pun begitu, dia menjadi serba salah apabila dia sudah banyak terhutang budi dengan abangnya, justeru dia kini buntu sama ada mahu bersikap pentingkan diri ataupun 'mengorbankan' diri sendiri demi membalas jasa abangnya. Bagaimanapun, majoriti netizen menyarankan agar pemuda berkenaan menolak untuk menjadi penjamin sebagai langkah berhati-hati bagi mengelakkan situasi tidak diingini berlaku kelak. Malah, ramai juga yang berkongsi kisah berdasarkan pengalaman masing-masing yang merana pada akhirnya, akibat terlalu baik hati mahu membantu adik-beradik ataupun saudara mara. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT