CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

14 Tahun Hidup Dalam Lapangan Terbang Sebab Tak Nak Kena 'Paw' Dengan Bini

10-7-2023 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 522| Komen: 1

Tular satu kisah dari Tanah Besar China di mana seorang lelaki warga emas bernama Wei Jianguo cuba lari dari tanggungjawabnya sebagai suami.

Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter, dia menetap di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing yang terletak sekitar 20 kilometer dari kediamannya selama 14 tahun. 



Twitter

Difahamkan, dia mengambil tindakan drastik itu kerana khuatir isterinya akan meminta wang jika dirinya pulang ke rumah, lantas menghalang keinginan alkohol dan nikotin yang perlu dipenuhi.

Apabila disoal, lelaki berusia 60-an ini mendedahkan dirinya kehilangan pekerjaan di sebuah kilang enjin selepas dipecat atas faktor usia 20 tahun lalu. 

Namun, mujurlah semenjak menetap selama 14 tahun di lapangan terbang tersebut, pihak kerajaan ada memberikan elaun berjumlah 1000 yuan (RM 643) sebulan. 

Dengan wang itulah beliau mampu untuk membeli makan & minuman termasuk alkohol.




Selama 14 tahun itu jugalah Jianguo kerap tidur sekitar Terminal 2 dan Terminal 3 sehingga kakitangan di situ lali dengan kewujudannya.

Iini kerana beliau tidak pernah mengganggu sesiapa di tempat tersebut. Selain Jianguo, terdapat tujuh individu lain yang menetap secara haram di lapangan terbang berkenaan.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 10-7-2023 04:10 PM
Kedekut taik idung masin.  Ujung2 merempat gak kau.  Dah satu terminal bau hapak kepam kau sorang.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.071682 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top