CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Menderita Cirit-Birit Berpanjangan Selama 30 Tahun, Doktor Bingung Tak Dapat Kesan Punca

10-7-2023 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 920| Komen: 8

LONDON –  Seorang lelaki akhirnya berjaya mengatasi keadaan masalah cirit-birit berpanjangan selama 30 tahun yang dialaminya selepas menjalani pembedahan sumsum tulang.

Daily Star melaporkan, berdasarkan  kes berkenaan yang diterbitkan dalam jurnal New England Journal of Medicine, pesakit yang namanya tidak didedahkan itu menderita masalah tersebut sejak dia berusia dua bulan,  disebabkan masalah genetik.


Dia telah dimasukkan ke hospital sekurang-kurangnya lapan kali disebabkan masalah itu, namun doktor-doktor gagal mendiagnosis penyakit yang dialaminya selama beberapa dekad.

Gambar Hiasan

Namun, doktor akhirnya mendapati pesakit itu mengalami mutasi yang jarang berlaku. Ia  menyebabkan sistem imunisasinya tidak berfungsi dan menyerang usus, seterusnya menyebabkan cirit-birit yang berpanjangan.

Beberapa ujian perubatan  menunjukkan lelaki itu mempunyai mutasi pada gen FOXP3, yang bertanggungjawab untuk mengawal sel darah putih digelar sel-T.


Ia menjadi punca kepada sindrom tersebut, iaitu apabila sistem imun yang terlalu aktif mula menyerang tisu dan organ badan sendiri kerana menganggapnya sebagai ‘penceroboh’.


Namun, selepas menjalani pembedahan sumsum tulang sebanyak dua kali, masalah cirit-birit yang dialami pesakit berkenaan akhirnya hilang. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 11-7-2023 01:54 PM
bygkan selama 30 tahun ko cirit birit tetibe satu hari dia stop..
Quote supernaturalee 11-7-2023 02:28 PM
wow
klu org kita mau dia reda je

tang usaha berterusan tu dia lupa


Quote noor2 11-7-2023 02:45 PM
Biasa yg selalu cirit birit dah arwah dah cepat kalau jangka masa lama
Quote bulalof 11-7-2023 02:51 PM
byk sgt minum product timbang kilo barangkali?
Quote Decaffeinated 11-7-2023 08:31 PM
nurul_akmar replied at 11-7-2023 01:54 PM
bygkan selama 30 tahun ko cirit birit tetibe satu hari dia stop..

biasanya kalau sihat tak riuh.

yang riuh kalau 30 tahun sihat tetiber kena cirit.


Quote Lolalala 11-7-2023 08:59 PM
bulalof replied at 11-7-2023 02:51 PM
byk sgt minum product timbang kilo barangkali?

Hahahaha dia kata sejak dia umur 2 bulan wei. Mesti mak bapak dia stress sbb cirit manjang masa kecik.
Quote margo20 12-7-2023 12:20 AM
So lps 30 tahun la baru dpt off diapers?
Quote lazim 12-7-2023 01:30 AM
Klu org mlyu dia kata kena santau

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.042990 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top