CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Kapten Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Tak Mengaku Ceroboh Bilik Hotel Isteri Orang

10-7-2023 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 548| Komen: 0

Petaling Jaya: Bekas kapten pasukan bola sepak kebangsaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan menceroboh bilik hotel didiami kenalan wanita pada 21 Jun lalu.

Tertuduh, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, 49, yang juga bekas pemain Perak FA membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Ahmad Shahrul dituduh melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki bilik hotel didiami Ily Munira Mansor, 36, di sebuah hotel di Kelana Jaya pada 6 petang, 21 Jun lalu.

Foto: Harian Metro

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Suraj Singh.

Terdahulu, pihak pendakwaan mencadangkan tertuduh diikat jamin RM6,000, namun Suraj memohon jaminan rendah mengambil kira anak guamnya perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan tujuh anak.


Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Kes disebut semula pada 18 September ini untuk serahan dokumen.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang lelaki yang juga mantan kapten skuad kebangsaan sekitar 2000 ditahan selepas dipercayai terbabit menceroboh bilik di sebuah hotel, di sini, pada 21 Jun lalu.

Menurut sumber, laporan polis itu dibuat oleh seorang lelaki selepas mendapati bekas pemain bola sepak terbabit menceroboh bilik hotel sebelum bertindak agresif hingga menyebabkan berlaku kekecohan.

Katanya, ketika kejadian, terdapat seorang wanita berada di dalam bilik itu yang juga isteri pengadu.

Menurutnya, suspek yang pernah beraksi bersama sebuah pasukan di utara tanah air itu dikatakan bertindak agresif hingga menimbulkan ketakutan terhadap wanita itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.054798 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top