CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Lelaki Ditahan Bergaduh Ketika Aksi Piala FA Sebab Hutang

10-7-2023 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 226| Komen: 0

Polis menahan empat lelaki terbabit pergaduhan disebabkan hutang di loji kumbahan Taman Megah, Pontian, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib mengesahkan mereka yang ditahan berusia diantara 22 hingga 50 tahun dan saling mengenali antara satu sama lain.'



DUA daripada empat lelaki ditahan selepas terlibat dalam pergaduhan di kawasan loji kumbahan, Taman Megah, Pontian, semalam.

Katanya, pergaduhan tersebut dipercayai melibatkan seorang lelaki yang menuntut hutang, namun berlaku campur tangan daripada dua lelaki lain bagi membantu rakannya itu.

“Keempat-empat lelaki tempatan ini beralamat di Kampung Pontian Besar dan Parit Semerah telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pontian bagi siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini tular di media sosial pergaduhan keempat mereka di kawasan Loji Kumbahan Taman Megah yang turut disaksikan orang ramai yang bagi melibat kejadian tersebut.


Ketika kejadian berlaku, sedang berlangsung pertandingan Bola Sepak Piala FA di Padang Sintetik Taman Megah berdekatan lokasi kejadian.

Tambah Mohammad Shofee, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Kesekaaan jika sabit boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.033152 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top