CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tolong Kekasih Pedo Sumbat Remaja Dalam Bagasi

10-7-2023 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 450| Komen: 0

Remaja berusia 12 tahun diculik seorang lelaki sebelum diserang secara seksual.

Menurut laporan, lelaki berkenaan menyembunyikan mangsa di dalam sebuah bagasi sebelum dibawa ke pangsapurinya.


Rakaman video menunjukkan pedofilia berusia 42 tahun itu bergelut ketika mengheret beg bagasi yang berat semasa menaiki anak tangga ke rumahnya, tular dalam media sosial.


RAKAMAN menunjukkan Daniel bergelut ketika menarik beg bagasi yang mengandungi mangsa culik. - AGENSI   

Lapor Daily Mail, Daniel Moraes Bittar menculik kanak-kanak perempuan itu dari luar sekolahnya di Luziana, Brazil pada 28 Jun lalu.

Daniel dibantu teman wanitanya, Gesielly Souza Vieira, 22, ketika menculik kanak-kanak itu.

Ketika kejadian, Gesielly menculik dan memasukkan kanak-kanak itu ke dalam kereta, serta menutup kain direndam cecair kloroform pada muka mangsa dan mengugutnya dengan pisau.


“Mangsa diikat dan dimasukkan ke dalam bagasi lalu diletakkan di bahagian but kereta sebelum memandu ke kawasan hutan untuk membuang telefon bimbit mangsa,” jelas laporan. 

Daniel ditahan polis selepas menerima panggilan daripada seorang rakan sekolah mangsa yang menyaksikan insiden penculikan menakutkan itu.

Menurut polis, Daniel mengaku mengalami gangguan pedofilik.

Polis berkata, kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan badannya lebam dan melecur, dengan kakinya diikat pada katil di sebuah bilik di pangsapuri tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa juga diserang secara seksual.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.043844 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top