CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Peram, Tak Basuh Pakaian Sampai Seminggu- Kucing Peliharaan Naik Syeikh Hidu Bau Busuk Baju

10-7-2023 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 678| Komen: 5

Seekor kucing dilihat tergila-gilakan sehelai baju berbau masam dengan peluh.

Kucing tersebut dilihat hanya menjadi tidak keruan apabila diberikan baju sukan milik tuannya dan tidak mengendahkan pakaian lain.


Nadiatul Akmal, 30, mengatakan kucing yang diberi nama Oli itu sering menghampiri suaminya apabila dia baru pulang daripada bersukan untuk bermanja-manja.



"Oli ni baka kucing kampung yang ada campuran dengan baka parsi. Kami adopt Oli ni waktu dia masih kecil lagi daripada grup Facebook. Sekarang dah masuk setahun lebih kami jaga dia.

"Kami perasan tak lama selepas kami ambil Oli, dia macam 'naik syeikh' dengan baju yang berpeluh masam-masam ni. Kucing dari rumah lain pun ada yang gian dengan baju peluh macam Oli tapi tak sekerap Oli.

"Hubungan suami dengan Oli tak ada la rapat sangat, biasa-biasa je, tapi mungkin sebab suami ni kaki sukan, dia jenis aktif main bola tampar. Mungkin itu yang buatkan bau peluh dia lagi pekat dan Oli lagi suka," katanya kepada mStar Online.



Menurut Nadia, baju dia dan suaminya yang hanya dibasuh dua kali seminggu mungkin menyebabkan perapan aroma peluh itu lebih menusuk.

"Kami duduk apartment yang tak ada balkoni dan susah nak keringkan baju setiap hari. Jadi kami akan kumpul baju dan basuh serentak sekali dengan keringkan dekat dobi.

"Agak lama baju tu terperap dalam bakul dobi dan bau dia memang busuk. Oli tak selalu mencari baju peluh ni, tapi sebelum kami nak ke dobi dan waktu tengah asingkan baju putih dan baju hitam, waktu tu Oli datang meminta.

"Kami bagi je sebab rasa seronok tengok Oli jadi khayal dengan baju peluh tu. Kami pun tak ada tanya dekat doktor veterinar kenapa Oli ada tabiat begini sebab kami tak rasa ia memudaratkan.

"Tapi waktu kami baca komen-komen di TikTok, ada yang cakap mungkin ada kaitan dengan ekzema, kami rasa mungkin itu sebabnya," ujar Nadia.

Foto: mStar

Nadia mengatakan dia tidak menyangka sama sekali kucingnya itu boleh mempunyai 'selera' terhadap bau peluh.

"Kami biasa dengar kucing ketagih dengan catnip (bahan penggalak untuk kucing) tapi untuk Oli ni lain pula, kena bau peluh baru dia mabuk. Kami pernah bagi Oli makan catnip, tapi dia boleh makan sikit je sebab dia rasa catnip tu kotor.

"Memilih betul Oli ni, tapi logik la sebab Oli ni kucing cantik, nak berkawan dengan orang pun memilih dan tak hairan sangat kalau orang tegur dia," kata Nadia.

"Bagus Oli ni, pagi-pagi buta lagi dia akan meow untuk kejut kami bangun Subuh. Selain daripada suka bau peluh, kami rasa ni antara ciri-ciri Oli yang istimewa, dia adalah jam loceng kami.

"Kami harap Oli akan membesar dan menua dengan sihat bersama kami serta adik-beradik dia iaitu Lili dan Koci."-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malarky 10-7-2023 02:59 PM
mungkin bau peluh tu yang buat dia syok habis
Quote Sazreena 10-7-2023 04:39 PM
Mesti padu bau peluh kat baju tuu..
Quote lattehazelnut 10-7-2023 04:43 PM
Pengotor nye.. xmalu ke citer kain busuk kau kat media..
Dah la kucing x mandi, kau biar main bju kotor lepas tu kau cium2 kucing tu..
Tu belum xde balcony, cat litter bau penuh semerbak kat dapur..
Quote aint 10-7-2023 04:46 PM
aiyoooo cian kt kucing tu...
Quote Samerosie 10-7-2023 04:49 PM
Euwww mmg busuk sangat la tu.  Kucimg ni kan territorial dah baju kau lagi kuat baunya dari phermones dia tu mestilah dia nak bg bau dia lagi kuat by tenyeh2 muka dia kat baju tu euwwww

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050255 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top