CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengusaha Batik Tabur Duit Tunai RM10,000 Dari Atas Bumbung Rumah, Orang Ramai Berebut Sampai Ada Yang Cedera Masuk Hospital

10-7-2023 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 409| Komen: 2

Seorang pengusaha batik menabur wang kepada orang ramai dari atas bumbung rumah berjumlah kira-kira Rp35 juta (RM10,880).

Difaham, ia merupakan aktiviti tradisi sempena majlis kesyukuran cukur jambul anak ketiganya.


Kejadian berlaku di Kampung Jenggot, di Pekalongan di Jawa Tengah, Indonesia pada Ahad.

Foto: Kompas

Susulan tindakan lelaki tersebut, sekumpulan penduduk berebut untuk mendapatkan wang sehingga ada yang bertolak dan bergaduh.

Malah, terdapat penduduk yang pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan beribu-ribu orang dari orang dewasa termasuk wanita sehingga kanak-kanak berebut wang tersebut.

Ketua Polis Daerah Pekalongan Selatan, AKP Aries Tri Hartanto mengesahkan kejadian itu.

"Ya, ada aktiviti kampung di kawasan Jenggot," katanya.

Beliau berkata, sebelum berlaku aktiviti tersebut, pihaknya telah meminta pemilik rumah agar tidak melakukannya bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

“Bila keadaan menjadi kecoh, kita minta ia dihentikan.

"Ini kerana ada beberapa mangsa yang pengsan dan dikejarkan ke hospital," katanya lagi dipetik sebagai berkata dalam Tribunnews.

Menurutnya, empat mangsa terdiri daripada seorang wanita dan tiga kanak-kanak.

Tambahnya lagi, keadaan mereka bertambah baik di mana dua mangsa dibenarkan pulang. - CARI

Sumber: mStar/Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepiITUindah 10-7-2023 01:59 PM
tak yah tunggu dajei
Quote CiliPadiSedap 10-7-2023 02:34 PM
teringat dulu ada bagi free minyak sampai jalan jem kt malaysia

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.120359 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top