CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bank Negara Tidak Tawar Pelaburan Di Telegram

10-7-2023 01:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 149| Komen: 1

Kuala Lumpur: Guna logo Bank Negara Malaysia (BNM) dipercayai untuk mengaburi mata pelabur kononnya pelaburan itu dipromosikan bagi menipu orang ramai dengan menjanjikan pulangan modal selepas tiga jam.


Malah menjual nama BNM, sindiket penipuan pelaburan ini akan menyakinkan pelabur dengan modal serendah RM500 boleh mendapat pulangan pelaburan mencecah RM17,000 dalam tempoh tiga jam ke enam jam selepas melabur.


Sindiket terbabit dikesan menggunakan media sosial Telegram untuk mempromosikan pelaburan terbabit di mana sekurang-kurangnya empat akaun di aplikasi berkenaan menggunakan nama BNM Investment dengan jumlah keahlian sekitar 100 lebih bagi setiap akaun.

Bagi meyakinkan orang untuk melabur, sindiket terbabit turut menunjukkan resit bank yang tertera wang pelaburan berjaya.

Mengakui kewujudan taktik baharu menjual nama BNM ini, jurucakap BNM berkata, pihaknya menyedari perkara itu dan menafikan terbabit dalam sebarang promosi berbentuk pelaburan.


"BNM menyedari kewujudan pelaburan menyalahgunakan logo BNM untuk memperdaya mangsa yang baru diwujudkan oleh scammer.

"BNM tidak mempromosikan apa-apa skim pelaburan dan orang ramai dinasihatkan berhati-hati di mana sebarang maklumat atau ingin membuat laporan boleh hubungi BNMLINK," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 10-7-2023 01:51 PM
Bank negara pun kena jual. Dunia2

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.069092 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top