CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2,000 Orang ‘Serbu’ Air Terjun Gunung Ledang

10-7-2023 11:51 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2226| Komen: 52


Tangkak: Hampir 2,000 orang memeriahkan hari pertama pembukaan semula air terjun Gunung Ledang selepas setahun ditutup bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf kemudahan di lokasi rekreasi tersebut.

Bagi Abdul Rahman Abdul Ghani, 54, dan isteri, Arbaiyah Otoh, 52, persiapan untuk berkelah bersama-sama keluarga di Gunung Ledang telah dibuat sejak tiga hari lalu.

“Isteri saya bangun seawal pukul 5 pagi untuk memasak nasi lemak buat juadah kami sekeluarga semasa berkelah. Ada juga makanan ringan lain seperti roti dan air kotak untuk anak-anak alas perut selepas mandi-manda.

“Kami sangat gembira, teruja dan memang tidak sabar untuk berkelah di sini setelah lebih tiga tahun tidak ke sini sejak pandemik Covid-19,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Arbaiyah turut berkongsi minat dengan suaminya yang menggemari aktiviti perkelahan dan perkhemahan di hutan lipur.


ABDUL Rahman Abdul Ghani bersama-sama isteri serta keluarga berkelah di air terjun Gunung Ledang sempena pembukaan semula pusat rekreasi berkenaan.

“Kami pernah berkelah dan berkhemah di Ulu Yam, Batang Kali, Eco Rimba Rawang, Port Dickson dan lain-lain tempat tetapi Hutan Lipur Gunung Ledang amat istimewa di hati kami.

“Kedudukannya yang hampir dengan Segamat kira-kira satu jam memudahkan persiapan dan perjalanan kami. Alhamdulillah pembukaan semula Gunung Ledang ini sedikit sebanyak melegakan kami yang suka beriadah menikmati keindahan alam semula jadi,” katanya.

Pasangan tersebut turut berharap nama gah Gunung Ledang dapat dijaga oleh pihak berkuasa sambil menggesa orang ramai supaya menjaga kebersihan taman legenda itu.

Sementara itu, Nurul Ain Zainal, 29, serta suami, Dzulfikri Mohd. Rashid, 31, sanggup memandu dari Jasin, Melaka untuk bersama-sama merasai kemeriahan pembukaan semula air terjun tersebut kepada kunjungan awam.

“Selepas subuh kami sudah keluar dari rumah di Jasin memulakan perjalanan ke Gunung Ledang. Kami anggap hutan lipur ini sebagai terapi minda apabila dapat mandi-manda dengan air terjun yang dingin dan nyaman.

“Banyak sudah berubah di sini. Banyak infrastruktur yang baharu dibina dan dibaik pulih seperti tandas dan tangga-tangga menyusuri air terjun. Kali terakhir kami datang ke Gunung Ledang pada tahun 2019, sebelum pandemik Covid-19 melanda,” kongsinya.

Sempena pembukaan semula pusat rekreasi tersebut, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) turut menganjurkan Karnival Gunung Ledang selama tiga hari mulai Sabtu lalu.

Pengarah PTNJ, Taufik Bahar berkata, pelbagai acara menarik diadakan termasuk Fun Run, Fun Ride, gerai jualan, pertandingan karaoke, persembahan motosikal serta pameran oleh agensi kerajaan dan swasta. 



Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 10-7-2023 11:56 AM
tengok muka pun kita tahu jenis manusia suka buang sampah dlm sungai
Quote rikiruj 10-7-2023 12:02 PM
Sekali je aku pergi air terjun gunung ledang ni... punya la ramai orang, sampah jangan cerita.. sampah bukan atas darat je, kat air pun ada plastik & polisterine terapun siap ada leftover... memang tak pergi lagi la..
Quote cikatilia 10-7-2023 12:08 PM
aku ingat zaman aku belajar dulu
ada kes kepala air... ada amoi mati.. haish... harap baik2 aje la ye
and harap2 kebersihan tu terjaga.. bukan penuh dgn pampers bekas makanan bagai
Quote prince_marhaen 10-7-2023 12:51 PM
meols asal area situ, dok gi GL sejak kecik, rasanya GL paling kerap kepala air, hujan sikit je pun kepala air turun, asal pergi time musim panas pun ada kepala air... hati2 la yek..
Quote tobobon 10-7-2023 12:54 PM
baru jer air terjun nak berehat....baru jer buka balik mesti dah ada damage balik...
Quote Simunggu 10-7-2023 12:56 PM
aku tak main semua ni....baik duduk rumah tengok TV
Quote airfilterkotor 10-7-2023 12:56 PM
Kalau dah ramai macam tu, memang takkk la.
Quote grouper 10-7-2023 01:11 PM
X cantik la air2 terjun kat johor ni...x leh lawan belah teregganu, pahang n perak
Quote kitaserupaaa 10-7-2023 01:15 PM
Ikutkan pengalaman & pemerhatian, pengunjung kwsn rekreasi ni banyak yg suka buang sampah merata, tak reti buang sampah elok2 & tak reti guna tandas elok2. Tak mustahil tandas2 kat situ boleh rosak tak sampai sebulan ledang tu dibuka.
Quote kitaserupaaa 10-7-2023 01:18 PM
grouper replied at 10-7-2023 01:11 PM
X cantik la air2 terjun kat johor ni...x leh lawan belah teregganu, pahang n perak

Ada juga air terjun yg cantik tapi kene masuk taman negara endau rompin side johor. Ade blue pool, air terjun buaya sangkut. tempat2 ni susah nak masuk kena guna 4wd sebab tu terjaga kot. Air terjun yg cantik2 so far banyak kat ganu
Quote tripleid 10-7-2023 01:21 PM
Edited by tripleid at 10-7-2023 01:22 PM

tolong lah jaga kebersihan .kalo tak reti2 jgk,mohon puaka kepala air mengganas sapu jah semua yg suka buang sampah merata tu..
Quote midori888 10-7-2023 01:21 PM
meols pnh sekali jer gi GL, in late 80's...never again..tak kuasa...
Quote zehra2 10-7-2023 01:26 PM
masa belajar naik.jugek gunung ledang ni. kat asahan camping kat area tasik. eh ada lg ke tasik tu.  pokcik driver bas pun sama angkat periuk dapur masak semua
laluan ke atas tu batu. ada je org tergelincir mati. tu psl tok leh suka2 sgt
Quote kepompong 10-7-2023 01:30 PM
semalam hari pendaftaran matrik ledang… dlm ramai2 tu sbb sekali harung dgn parents yg hantar anak
Quote antikorok 10-7-2023 01:35 PM
Tikus mula bersorak riang sambil berpesta mengkedarah sisa makanan sampah sarap yang bakal ditinggalkan ummah sambil buang tahik dan kencing merata menjangkitkan  leptospirosis kepada maknoosia!
Quote tumpanglalu74 10-7-2023 01:41 PM
Tersenyum sinis..
Quote Claudia_Lestat 10-7-2023 02:26 PM
aku kagum dgn manusia ni. mcm mcm kejadian jadi mandi air sungai ni tapi mcm takde kesan pada diaorg.
Quote gekkou 10-7-2023 03:13 PM
buat renovation
hujung2 kotor juga
toilet tersumbat bau hancing kotor
erghhhh
Quote brego 10-7-2023 03:22 PM
pergh 2 ribu.
tak tau pulak sagil tutup setahun

baru tadi masa lunch sebut2 nak pegi.

kalau gini tak kuasa den, ramai umat sampai beribu
baik pegi mandi jeram di kampung org asli kt n9
aman damai, boleh healing

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.052036 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top