|
Vienna: Penyanyi, Harry Styles, 29, cemas apabila terkena objek berbahaya yang dibaling penonton ketika penyanyi itu membuat persembahan sempena konsertnya yang diadakan di sini, baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku hujung minggu lepas itu dirakam peminat dan tular di media sosial. Dalam rakaman tersebut, Styles dilihat menahan kesakitan berjalan meluru ke belakang pentas sambil menutup matanya. Tiada tangkapan dibuat dan sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan jenis objek yang dibaling ke arah penyanyi berkenaan. Insiden tersebut bukan yang pertama berlaku kepada Styles. Sebelum ini dia pernah dibaling sejambak bunga dan botol plastik yang hampir mengenai organ sulitnya. Selain Style, beberapa penyanyi antarabangsa turut menjadi mangsa keganasan penonton konsert antaranya penyanyi rap, Drake, Bebe Rexha, Pink, Ava Max dan ramai lagi. Insiden yang dilihat seperti trend yang semakin menjadi-jadi itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan ramai penyanyi terutamanya yang sering terlibat dengan konsert dan persembahan pentas. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.268077 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.