Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan Cat Farish berhutang dengan bekas isteri, Suriani Hassan sebanyak RM10,000. Melalui status yang dibuat, Suriani berharap bekas suaminya terbuka hati untuk melangsaikan hutangnya dan berharap agar penyanyi itu tidak meminjam wang daripada bakal isteri, Shikin Maembong.
Menerusi Melodi, Cat Farish atau nama sebenarnya, Farish Ramli menafikan hal terbabit dan dakwaan hutang sebanyak RM10,000 itu sememangnya tidak benar. Katanya kali terakhir dia berkomunikasi bersama bekas isteri adalah mengenai motor yang dipinjam dan sudah pun dipulang kepada tuan empunya badan. Dalam pada masa yang sama, Cat berkata dia sama sekali tidak terasa dengan statement yang dikeluarkan dan terkejut apabila nama dikaitkan.
"Selidik dulu baru bercakap. Bila bercakap tak guna akal, ia akan mempengaruhi jiwa untuk memberontak buat tindakan bodoh." -CARI
|
prettyuglybabe replied at 10-7-2023 01:14 PM
i percaya je dia hutang dengan bekas bini
ADVERTISEMENT