CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Tak Nak Ke Sekolah Bongkar Perangai Jelik Guru Lelaki Suka Gigit Bibir Murid, Ramai Pelajar Lain Yang Dah Kena

10-7-2023 11:30 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1608| Komen: 15


Seorang wanita mendedahkan anaknya yang berusia 6 tahun mengalami perubahan sikap apabila kelihatan muram setiap kali pulang dari sekolah selain sering bertanya mengenai cuti persekolahan.

Menerusi perkongsian di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Eyma Zaideen itu mula tidak sedap hati dan mempunyai firasat buruk apabila situasi itu kerap berlaku.

Awalnya, anaknya enggan menceritakan kejadian yang berlaku di sekolah sehinggalah pada satu hari selepas balik dari sekolah, anaknya yang dipanggil Abang Cik pulang dengan wajah sugul dan meminta untuk ditukarkan sekolah.


Tidak hanya berang dengan perangai jelik guru tersebut, Eyma juga kecewa dengan sikap tenaga pengajar lain yang melihat perkara itu namun hanya ketawa seolah-olah ia adalah situasi lucu.

Enggan mendiamkan diri, Eyma kemudiannya menemui seorang murid perempuan lain untuk diminta menceritakan semula gangguan yang dialami. Mengiyakan perbuatan gigit itu, katanya rakan-rakan lain pernah juga diganggu oleh cikgu sama. 


Setelah isu ini tular, pihak sekolah meminta agar pendedahan ini dipadamkan. Namun Puan Eyma tegas dengan pendiriannya untuk mempertahankan anak serta memberikan kesedaran. - CARI


Sumber: Kisah Dunia, FB Eyma Zaideen



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orglama 10-7-2023 11:37 AM
Tak report ke polis ke jabatan pendidikan? Ke report ke netizen di alam maya je dah memadai?
Quote nurul_akmar 10-7-2023 11:55 AM
orglama: Tak report ke polis ke jabatan pendidikan? Ke report ke netizen di alam maya je dah memadai?


selalunya dh memadai.. sbb dengan report di alam maya lagi cpt action dia
Quote newyork 10-7-2023 12:04 PM
Pedo kalangan guru..
Quote Suchi 10-7-2023 12:05 PM
Anak dia prasekolah ke?
Bahaya tul cikgu ada fetish aneh mengajar plak bebudak kat sekolah
Quote TomyamPuteh 10-7-2023 12:10 PM
Budak tu mmg comel. Org normal tgk pun blh geram.
Quote adila39 10-7-2023 12:15 PM
bodonya cikgu tu and cikgu cikgu yang ketawa. ehh! kenapa iq teruk sgt ni
Quote kucingitam 10-7-2023 12:21 PM
sama bodo la mak dia dgn cikgu..eja elok2 boleh tak..skull ape skull? jauh, bodo maksud school dgn skull.
Quote prince_marhaen 10-7-2023 12:49 PM
netizen jugak yang suka & sokong cikgu-cikgi buat content siap dedah2kan muka anak-anak drpd daycare, preschool, sekolah rendah, sampai sekolah menengah, dengan puji-pujian kata cikgu sweet, cikgu penuh kasih sayang, cikgu-cikgu pedo, esp yang pondan2 upsi pondan tesl semua menjadi-jadi ye buat content sayang budak-budak, termasuk cikgu2 tadika/pra-sekolah lelaki yang suka peluk-peluk & manja budak2 tu..kekonon macam anak-anak sendiri tu...this is so wrong... omputih yang suka bercium bogel pun takde nak peluk2 anak orang buat content.....bodoh2 ye content cikgu skrg..
Quote TomyamPuteh 10-7-2023 01:53 PM
Cikgu Ferdy tu aku tgk mcm sesuatu jgk tu.
Quote allshares 10-7-2023 01:58 PM
Skull skull skull. Turn off bethol i baca. Ape ko bodo piang eja la elok2. Skull tu tengkorak kau berjambul.
Quote hareeeesah 10-7-2023 04:40 PM
Ahhaha hebat la deme rasa ckp english. Nak tukar skull tau, bkn tukar sekolah ko hado??

Anyway geli la baca dia sebut gigi kuning bibir hitam, kot mknan celah gigi ke confirm confirm la bau sheesh.. [em:7:]
Ada anak bini x cikgu ni?
Quote Decaffeinated 10-7-2023 10:15 PM
bahasa kelantan skull tu sekolah ka?

kalau inggerish itu tengkorak

Quote slyfynx 10-7-2023 10:37 PM
Nape hantar anak kat tengkorak?
School la dey.
Jadah skull? Terus aku lari tajuk.

BTW, cikgu tu gi kacau budak kat PRA jgk ke?
ke die kire tahun ikut bulan birthday? sbb 6 thn still kat preschool kan?

BTW kawan2

TWO, TOO dan TO mempunyai bunyi yang sama tetapi maksud yang berbeza. Ini dipanggil HOMOPHONE.

*too late, bukan to late.
Quote Simunggu 11-7-2023 08:05 AM
negeri mana ni?...
Quote Burong_Hantuk 11-7-2023 08:13 AM
cikgu drpd neraka!!!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.051365 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top