CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jemaah Haji Wanita Borong Emas Seberat 1kg Di Mekah

10-7-2023 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 794| Komen: 3

Jakarta: Seorang jemaah haji wanita Indonesia membeli barangan kemas cincin, gelang tangan dan rantai leher seberat satu kilogram (kg) ketika mengerjakan ibadah itu di Tanah Suci.

Wanita itu yang berasal dari Makassar, Sulawesi Selatan, mengaku membeli emas berkenaan sebagai buah tangan untuk diagihkan kepada ahli keluarganya.


Foto: Detik.com

"Saya beli barangan kemas dianggarkan lebih satu kg termasuk gelang, rantai dan cincin.

"Jumlah semua barangan kemas itu bernilai 1 bilion rupiah (RM307,895) dengan salah satu rantai dibeli harganya 366 juta rupiah (RM112,689).

"Barangan kemas itu saya beli untuk diberikan sebagai buah tangan kepada anak, ibu bapa saya serta mentua saya," katanya kepada Detik.com.

Wanita itu menjelaskan, dia membeli barangan kemas itu selepas selesai mengerjakan ibadah haji.

Buah tangan dibeli itu meraih perhatian ramai termasuk perbezaan harga emas di Arab Saudi yang didakwa tinggi.


Mereka menganggarkan kemungkinan harga barangan kemas itu jauh lebih mahal berbanding harga dikongsikan itu.

Ini kerana selain perbezaan mata wang, harga barangan kemas juga ditentukan peniaga premis berdasarkan reka bentuk dan nilai estetika. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 10-7-2023 04:36 PM
Bodoh nya indon ni, tak tau ke emas kat Arab Saidi ni dicampor emas Turki yg rendah mutu nya.Kalu barang kemas dr Mekah nak jual balik kat luar harga memang jatuh sgt...tak pasti plk kat indon.camne
Quote Samerosie 10-7-2023 04:45 PM
Haritu ada lalu feed kat mana tak ingat tapi bukan tt sebab iols tak de tt..tunjuk jemaah haji dr makassar ni pulang mcm2 cosplay semua siap mas sampai siku.
Quote anony-mous 10-7-2023 04:45 PM
akusukaq replied at 10-7-2023 04:36 PM
Bodoh nya indon ni, tak tau ke emas kat Arab Saidi ni dicampor emas Turki yg rendah mutu nya.Kalu ba ...

Indon pon xsilap iols guna emas campuran. 40-60% kot. Dulu2 je i baca ada pure emas 999 tu.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.036825 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top