CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Beri Gaji RM10,000 Sebulan Kepada Suami, Berang Diceraikan! "Dia Sanggup Tinggalkan Empat Anak Untuk Kahwin Dengan Janda"

10-7-2023 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 764| Komen: 2

PETALING JAYA – Semata-mata ingin berkahwin dengan janda anak satu, seorang wanita kesal apabila suaminya memilih untuk bercerai.

Di Facebook Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, wanita tersebut yang juga merupakan kliennya diceraikan selepas dia bertanya mengenai seorang wanita yang turut serta dalam percutian suaminya.


“Tidak ada sebarang pergaduhan. Malah, si isteri hanya kirimkan mesej melalui aplikasi WhatsApp ketika mengajukan soalan. Tiba-tiba, apabila suami naik ke rumah, wanita tersebut terus diceraikan dengan talak satu.

“Wanita tersebut merayu agar dirujuk semula. Namun, kata suami, dia benci dikongkong,” katanya.

Gambar Hiasan

Tambah Suzana, wanita tersebut tidak pernah mengongkong suaminya, malah dia menggaji lelaki itu RM10,000 sebulan hanya untuk memantau keadaan di butik miliknya sekali seminggu.

“Suami wanita tersebut memilih untuk berkahwin dengan janda anak seorang. Malah, janda tersebut juga telah berjumpa dengan klien saya.

“Saya juga tidak sangka suami klien sanggup menjandakan isteri sendiri dengan empat anak yang sepenuhnya dijaga oleh isteri demi seorang janda dengan anak satu berusia empat tahun,” katanya.

Suzana sempat menasihati kliennya agar reda dengan ketentuan Ilahi dan terus kuat untuk menghadapi cabaran tersebut demi anak-anak.

“Ini semua ada hikmahnya. Dia (suami) bukan lagi yang terbaik untuk awak. Mungkin Tuhan nak awak tahu, sebenarnya selama ini suami hanya ingin mempergunakan awak sahaja.

“Awak terlalu manjakan dia sehingga memberi kemewahan. Suami juga tidak perlu bekerja. Tuhan sayang awak dan anak-anak. Ini merupakan satu pengajaran agar awak dan anak tidak ikut jejak langkah suami,” kata Suzana dalam hantarannya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 10-7-2023 11:43 AM
Byk betol krt dok longgok kt CI.
Hanat nk mam...
Quote ifanonline 10-7-2023 11:49 AM
Thunderclouds replied at 10-7-2023 11:43 AM
Byk betol krt dok longgok kt CI.
Hanat nk mam...

editor cari ni andartu ke?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.371097 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top