CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ambil Makanan, Duduk Meja Paling Hujung, Terus Lari! 3 Bulan Makan Di Kafeteria Langsung Tak Bayar Gara-Gara Tak Ada Duit

10-7-2023 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1909| Komen: 23

Lelaki dikenali sebagai Azizi (bukan nama sebenar) menyesal dan takut disoal di akhirat kelak.

Dia yang kini bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah bank di ibu kota menceritakan dirinya berasal daripada keluarga yang susah dan mempunyai ramai adik-beradik.


“Saya berasal dari keluarga yang susah dan kami ada lapan adik-beradik. Ibu bapa saya pula kerja kampung dan mengambil upah menjual kuih-muih di pasar pagi.

“Walaupun kami susah, tidak pernah lagi kami adik-beradik putus nasi. Cuma kadangkala tiada lauk atau hanya lauk sama itu biasa terjadi,” katanya yang merupakan anak sulung dan harapan keluarga.

Gambar Hiasan

Bercerita lanjut, Azizi berkata, dia kemudian mendapat tawaran melanjutkan pengajian peringkat diploma di universiti awam di Shah Alam, Selangor hasil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baik.

Justeru, ibu dan bapanya bergolok-bergadai dan berusaha sedaya upaya selain bekerja lebih masa serta bersengkang mata demi mengutamakan pelajaran serta masa depan Azizi.


“Jadi, alhamdulilah saya berjaya mendaftarkan diri di universiti awam tersebut dan pengajian selama tiga tahun bermula.

“Sepanjang pengajian, ada beberapa kali saya terpaksa meminta wang daripada ibu bapa untuk makan minum dan barangan keperluan lain.

“Saya juga dapat pembiayaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga tahun dan dengan wang itu jugalah saya gunakan sebaik mungkin,” katanya seperti dipetik di Kosmo.

Sudah namanya pelajar, setiap kali hujung semester, pasti masing-masing mula mengalami masalah kewangan atau kata lainnya ‘sesak’ dan terpaksa mengikat perut.

Pejam celik pejam celik, pengajian Azizi hampir tamat dan tiba masa untuknya memasuki ke fasa latihan praktikal di sebuah bank.

“Jadi, bagi menamatkan pengajian dan layak untuk konvokesyen, saya dan pelajar lain wajib menjalani latihan industri selama beberapa bulan mengikut kursus yang diambil.

“Sewaktu latihan industri tersebut atau ketika semester ketujuh, wang pinjaman PTPTN sudah tiada dan tamat setakat semester enam.

“Bilik sewa pun kami kongsi dan bayar bersama untuk berjimat. Elaun praktikal memang diberikan tetapi akan dapat lewat dan hanya sekitar RM500. Wang itu jugalah digunakan untuk makan dan keperluan lain,” ujarnya.

Terdesak dengan kos hidup dan tidak mahu membebankan keluarga di kampung, Azizi memberitahu, dia bertindak melakukan satu perkara yang paling ‘jahat’ dalam hidupnya demi survival dirinya.

Katanya, setiap kali makan tengah hari di kafeteria di bank tersebut, dia akan mengambil makanan terlebih dahulu dan makan di sudut meja paling hujung seorang diri serta segera beredar tanpa membayar.

“Saya akui apa yang saya lakukan itu berdosa dan haram hukumnya. Tetapi masa itu saya betul-betul terdesak.

“Saya tidak kisah andai kata tiada baju atau seluar baharu, namun dari segi makan minum saya tak dapat elak.

“Perbuatan terkutuk itu saya lakukan hampir tiga bulan sepanjang latihan industri berjalan. Mungkin nasib menyebelahi saya, sepanjang perlakuan itu tidak pernah sekalipun ‘kantoi’ oleh pemilik kafe mahupun orang lain,” katanya.

Pun begitu Azizi tekad bila dapat kerja yang sesuai dan sudah ada pendapatan tetap, dia mahu bayar semua apa yang dicuri dan dimakan tempoh hari kepada pemilik kafe.

Jelas Azizi, dia ada pergi ke kafe tersebut dan menceritakan segalanya kepada pemiliknya, namun semuanya dihalalkan dan disedekah pengusaha tersebut kerana faham keperitan yang dirasai.

Bahkan sebenarnya pemilik kafe tersebut sudah lama tahu akan perbuatannya itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 10-7-2023 11:21 AM
Kesiannya. Lain kali pergi cari gereja, kuil atau topekong yg ada bagi makan free. Biasanya vegetarian food. Takpun bagitau masalah ko nak makan xde duit, insyaallah akan dibantu.
Quote Thunderclouds 10-7-2023 11:48 AM
Menda gini pon jadik CI???
Quote mawardia 10-7-2023 12:08 PM
My friend Sikh. Anak she ols byk kawan dgn bdk melayu. Ada sorang ni mmg anak org susah sgt. Kalau ada prayer kat temple mmg anak dia ajak bdk tu... mmg bdk tu akan mkn kat temple diaorg. Usually vegetarian food la dihidangkan. Wpun Sikh xde vegetarian.
Quote matamata 10-7-2023 12:13 PM
Sbb tu dlm hudud, mencuri makanan untuk survival hidup dikecualikan dlm hukum
Quote venom1 10-7-2023 12:38 PM
Pernah buat..bila fikir balik susahya hidup aku dulu
Quote apalancut 10-7-2023 12:44 PM
sapa yang pernah lalui faham laaa. tahniah pada Azizi yang berani mengaku dan pada pemilik cafe menghalalkan makanan, semoga Allah tambah dan luaskan lagi rezeki pada mereka. amin
Quote AnBulisia 10-7-2023 03:25 PM
bagus pemilik kafe tu
selama  3 bulan, takkan lah dia tak perasan azizi tak bayar
tapi sebagai orang islam, dia memang bagus
tidak memalukan azizi, malah menghalalkan segala makanan yang telah di makan oleh azizi
Quote salimrock 10-7-2023 03:39 PM
mawardia replied at 10-7-2023 12:08 PM
My friend Sikh. Anak she ols byk kawan dgn bdk melayu. Ada sorang ni mmg anak org susah sgt. Kalau a ...

sama lah, ada pakcik tempat aku ni, dia mamak, dia cakap masa kecik2 dia dan adik beradik makannasi kosong je..kicap pn takde.. letak air dgn garam,

disebab kan kulit dia mamak, dia dan adik beradik kadang 2 makan kt kuil hindu...

katanya baru la dpt makan sedap sikit...


tp tu masa dia susah, skrg dia dah kaya, bawa mercedes... tp masa dia cerita kat aku 20 - 25 tahun lepas dia tak pakai mercedes lg...
Quote tungkai 10-7-2023 03:46 PM
Pernah gak buat time sengkek zaman study dulu. Kira2 nak dekat 100 gak la..Bila dah kerja aku jumpa owner dan bayar balik 2 kali ganda dari apa yg aku ambik dulu. Walaupun owner halalkan dan tak nak ambik, aku bagi jugak. Pastu spend extra sikit sedekahkan kat rumah anak yatim dan tabung masjid.
Quote lazim 10-7-2023 03:53 PM
Aku xpnh la mkn xbyr.  Paling koman aku bt letak nsi putih byk2 dlm 1 polisterin tekan2 padat. Blh mkn 2 kali. Ns caj rm1 jgk sikit ke byk
Quote myakayina 10-7-2023 03:53 PM
hanya org yg betul2 terdesak je akan buat mcm budak ni, yg mmg betul2 takde duit lgsung dlm tangan.. klu dia berduit takkan dia nak mkn benda haram tak berbyr melainkan ko mmg jenis keturunan penyangak pencuri muka tak tau malu..
Quote cranell 10-7-2023 04:15 PM
mende simple je. buat la part time. Bodoh2 cuci pinggan dekat kafe tu pun dh dpt tanggung makan seharian.

Quote matamata 10-7-2023 04:27 PM
Owner2 kafe kat U mmg sedia maklum benda2 ni...bukan diaorg taktau...tgk org jugaklah...sbb dah biasa diaorg dah blh agak sapa yg betul2 terdesak atau tak...mostly mmg dah siap halalkan awal2 pun
Quote Sazreena 10-7-2023 05:40 PM
Biasa aku tgk member aku buat masa lunch kat Seksyen 2. Tanam lauk dlm nasi. Yg kat atas tu letak lauk bebodo je cam telur, sayur. Yg nala tu diaaa..ayam, ikan kat bawah. Yg tokey jenis check dia kuis la dgn sudu.
Quote sambaldurian 10-7-2023 05:58 PM
Mak ayah pun bkn org senang, tp Alhamdulillah rs nya x pnh mkn x bayar. Paling2 aku menidurkan diri kt zmn U dulu, lapar mkn biskut hup seng.xpun dpt rezeki kwn sebilik yg baik, dorg bg mkn separuh mknn dorg , kata diet  ( tetiba rs bersalah, ntah2 dorg tgk aku x mkn, dorg korbankan mknn dorg )
Quote isseliparjepun 10-7-2023 06:14 PM
I faham je kalau tak sempat buat part time tu. I pun datang dari keluarga sederhana and mau nak meminta dekat parent. Tapi I sempat la buat part time, baru rasa lega nak menyewa rumah masa intern, makan pun tidak la terdesak sebab masa intern masak sendiri. Kawan serumah pulak yang bitter sebab diorang kata I dapat scholarship so boleh la hidup mewah. I kerja part time sampai 2 tempat kot tapi itu la, apa la mereka tahu mengenai struggle kita. So, kudos to this mamat sebab berani mengaku. Dan semoga dimurahkan rezeki pemilik cafe tu juga.
Quote Decaffeinated 10-7-2023 10:22 PM
so siapa kata rezeki haram tak berkat? elok ja dia graduate.
Quote midori888 10-7-2023 10:29 PM
Decaffeinated replied at 10-7-2023 10:22 PM
so siapa kata rezeki haram tak berkat? elok ja dia graduate.


kat akhir story tu, pemilik cafe dah lama tau...maybe dah lama pemilik cafe halalkan.....
Quote Decaffeinated 10-7-2023 10:36 PM
midori888 replied at 10-7-2023 10:29 PM
kat akhir story tu, pemilik cafe dah lama tau...maybe dah lama pemilik cafe halalkan.....

bila budak tu dah datang dengan kisah sedih pemilik tu pun jadi lembut hati. Kalau betul kantoi red handed masa dia buat tu memang masak la budak tu. 3 bulan kot, bukan 3 kali kenyang.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.052350 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top