CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Tak Berhati Perut- Pos Landak Mini Dan Hamster Guna Kurier, Langsung Tak Ada Air Dan Makanan Dalam Kotak

10-7-2023 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1291| Komen: 10

PETALING JAYA – Segelintir penjual haiwan eksotik tidak berperikemansuan dengan memasukkan haiwan eksotik seperti landak mini dan hamster ke dalam kotak yang ditebuk lubang kecil dan hantarnya ke seluruh negara menggunakan perkhimatan kurier.


Golongn ini sanggup keuntungan semata-mata sehingga mengetepikan kebajikan haiwan.

Haiwan-haiwan bersaiz kecil itu bukan sahaja dihantar kepada pelanggan di dalam negara termasuk Sabah dan Sarawak, malah ada juga yang dihantar ke luar negara.

Foto: Kosmo

Peniaga terbabit mempromosikan haiwan masing-masing di Facebook dan terdapat lebih 20 penjual haiwan eksotik dikesan aktif di media sosial tersebut.

Wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai pembeli dimaklumkan oleh penjual bahawa haiwan eksotik itu dipelihara di dalam rumah.

Seorang penjual dikenali sebagai Mimi mendakwa, dia menjual landak mini seperti apricot, cinnamon, cinnicot dan albino pada harga bermula RM70 seekor mengikut umur dan ia boleh dihantar menerusi kurier.


“Kos penghantaran dari Dungun, Terengganu untuk negeri-negeri lain di Semenanjung adalah RM30, manakala bagi Sabah dan Sarawak RM40. Jika ke luar negara, cajnya adalah berbeza.

“Penghantaran ambil masa sehari. Jika Sabah dan Sarawak, mungkin tiga hari,” katanya.

Mimi memberitahu, haiwan eksotik itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kerana tahan lasak dan mampu hidup tanpa makan dan minum lebih daripada tujuh hari.

Foto: Kosmo

Malah, Mimi memberi jaminan haiwan yang dimasukkan dalam kotak akan sampai dengan selamat.

Ditanya sama ada Mimi memiliki lesen memelihara haiwan eksotik itu, dia memaklumkan hanya mereka yang memiliki premis perniagaan memerlukan dokumen berkenaan.

“Saya buat secara suka-suka. Bermula dengan minat ternak landak, makin hari makin banyak, jadi ada kawan cadang untuk jual sebab ramai suka bela landak.

“Tak sangka ramai pelanggan dan mereka berpuas hati apabila sampai dalam keadaan baik,” ujarnya.

Seorang lagi peniaga dikenalii sebagai Rafiqah memberitahu, dia menjual pelbagai jenis haiwan eksotik antaranya ular jenis superfire ball phyton, hamster syrian longhair, axanthic blue tongue skink, dumpy frog dan sugar glider.

Menurutnya, dia mendapatkan haiwan eksotik itu menerusi beberapa pembekal selain ada yang diternak sendiri di rumahnya.

“Harga jualannya pula serendah RM80 dan ada yang mencecah ribuan ringgit seekor.

“Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran menggunakan kurier. Jangan bimbang ia akan sampai dengan selamat,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 10-7-2023 10:57 AM
jenis tamak duit sampai abaikan kebajikan binatan2 yg depa jual!!!
Quote B40tastePosh 10-7-2023 12:49 PM
Burong_Hantuk replied at 10-7-2023 10:57 AM
jenis tamak duit sampai abaikan kebajikan binatan2 yg depa jual!!!


Jual burong hantuk boleh hantar surat ke hogwartz
Quote tobobon 10-7-2023 12:56 PM
meols nak blame sekali pembelinya...dah ada demand...of coursela ada yang menjual...

yg membeli tu pun tak fikir ker
Quote Mooverine 10-7-2023 01:00 PM
boleh ke hantar pakai courier haiwan hidup?
Quote swimswim 10-7-2023 01:23 PM
Aku doakan penjual tu mengalami situasi yg sama dialami binatang dlm kotak tu tanpa air, makanan dan udara selama tujuh hari
Quote lady_suria 10-7-2023 01:24 PM
yg menjual mak setan
yg membeli anak setan
Quote ally9970 10-7-2023 02:18 PM
Kalau letak makanan dan air dalam kotak tu, surelah habis berterabur dan basah kotak tu kan? kena pulak kalau kotak tu dibaling2...
Quote zehra2 10-7-2023 02:21 PM
haiwan pun ada nyawa lah bengap.
tunggu la bila ko pulak tercungap2.. fikir balik apa yg ko pernah buat
Quote SembangKari 10-7-2023 04:40 PM
Yang jual binatang yang beli pon binatang. Sibbaiiiiiiiii betul.
Quote Decaffeinated 10-7-2023 09:44 PM
ada orang pos ikan laga guna courier

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.044618 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top