CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunyi Wanita Menjerit, Kelibat Dua Beranak Jalan-Jalan- Ada Yang Tak Kena Dengan Jejantas Di Johor Selepas Jam 12 Tengah Malam

10-7-2023 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1206| Komen: 13

Batu Pahat: Bukan hanya tak terurus, malah menimbulkan suasana seram. Begitulah keadaan Jejantas berdekatan sebuah kolej kemahiran dan pejabat Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Sri Gading yang jarang digunakan.


Jejantas yang dibina sejak belasan tahun lalu pada awalnya bertujuan memudahkan murid Tabika Kemas serta pelajar kolej menyeberang ke Parit Jelutong, dikatakan 'berhantu' menyebabkan ramai tidak berani melaluinya terutama pada waktu malam.

Nampak seakan-akan sukar dipercayai tetapi beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas berhampiran jejantas itu mengakui mereka kerap kali mendengar suara seperti orang sedang berbual serta jeritan wanita, baru-baru ini.

Foto: Harian Metro

Berkongsi pengalaman dilalui, Penyelia Rela, G Subramanian yang bertugas di pondok pengawal Kemas sejak empat tahun lalu pernah melalui peristiwa menyeramkan.


Bukan dia saja malah lima lagi rakan sekerja turut merasai situasi sama apabila kerap diganggu ketika berehat dalam kereta atau pondok pengawal.

"Pada mulanya, kami tidak ambil peduli mengenai jejantas ini tapi apabila ada perkara tidak dijangka berlaku, membuat kami lebih waspada.

"Selepas jam 12 tengah malam akan ada sesuatu yang tidak kena. Daripada apa yang saya dengar rakan yang mengalaminya, mereka tidak boleh tidur jika menghadap jejantas itu.

"Ia seolah-olah pantang larang kerana jika tidak mengubah posisi, sama ada tidur diganggu ataupun ada seseorang datang menarik kaki dan sebagainya," katanya ketika ditemui.

Katanya, minggu lalu, dia bersama rakan terdengar suara wanita menjerit dan pada mulanya menyangka ada pergaduhan namun apabila diperiksa, tiada seorang pun di atas jejantas itu.

Bukan itu saja, katanya, mereka juga pernah ternampak kelibat 'dua beranak' berjalan-jalan dari jejantas menuju ke bangunan Kemas.

"Kita tahu itu tempat 'permainan' mereka. Jadi, biarlah asalkan jangan ganggu mereka," katanya.

Sementara itu, penduduk, Zayadi Mohd Hanafiah, 59, berkata, dia mengakui jejantas itu sunyi terutama waktu malam kerana tidak mempunyai lampu.

Menurutnya, walaupun jarang menggunakan jejantas itu, dia mengetahui kawasan itu kurang menjadi tumpuan disebabkan kedudukannya.

"Bila waktu malam, tiada lampu menyala, malah tiada sesiapa lalu di situ. Kalau siang, saya ada juga nampak pelajar pergi sekolah tapi tak ramai, kadang-kadang penduduk kampung berdekatan pun tak guna jejantas itu.

"Soal seram atau tidak saya tidak berani mengatakan tapi saya rasa mereka yang berada di sekitarnya pasti mempunyai cerita tersendiri.

"Keadaan jejantas itu terbiar kerana pembinaannya tidak strategik, sepatutnya bukan di situ (dibina), tapi di kawasan kilang atau masjid tidak jauh dari ini. Itulah lokasi yang paling sesuai, barulah kita boleh lihat orang setiap lalu melalui," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 10-7-2023 10:36 AM
tgk la, semak samun tu, majlis bandaraya batu pahat kena buat sesuatu..


apa2 pn wa mmg byk dgr kisah misteri di batu pahat..

tak pernah tgk dgn mata sendiri, cuma dgr cerita dr orang
Quote shamsadis 10-7-2023 10:51 AM
pasanglah CCTV
Quote Burong_Hantuk 10-7-2023 11:00 AM
x mungkin ni...negara JDT kan kaya raya!!!
Quote ifanonline 10-7-2023 11:25 AM
knp hantu di malaysia suka lepak jambatan?

bukan hantu je, manusia pun suka lepak jambatan

there must be a correlation between ghost, human and bridges
Quote msdummy.2018 10-7-2023 11:32 AM
Forrumers : ini semua citer mastika..hapuskanlah kepercayan mistik tuh
Quote cranell 10-7-2023 11:35 AM
harus geng paranormal pergi ke sini buat live
Quote myakayina 10-7-2023 11:39 AM
klu dipasang lampu dgn cctv, dibersihkan balik mesti ramai je yg guna..ni asik2 la nak salahkan hantu..hantu tu klu boleh dia lagi tak nak bertembung dgn org..melainkan yg jenis suka menyakat ni..
Quote Suchi 10-7-2023 12:07 PM
Semaknya kat tepi tu bukan hantu je takut binatang berbisa pun ada
Quote noor2 10-7-2023 02:00 PM
Dasar pemalas..tengokla semak samun dan daun2 kering x dibersihkan...ular, lipan pun.ada tu
Quote tumpanglalu74 10-7-2023 02:04 PM
Ade berbagai jenis pokcik..  Pokcik positif ka sekadar jeritan langsuir ja?
Quote OshinDaSolja 10-7-2023 03:04 PM
please la Johor, dulu antara negeri paling bersih dlam Malaysia tp sekarang mcm dh mkin hauk... please jaga kebersihan dan kekemasan landscape...
Quote ninja boy 10-7-2023 04:13 PM
Edited by ninja boy at 10-7-2023 04:24 PM

Hantu dan tempat tinggi tempat tinggal
Quote SWORKS27 10-7-2023 04:16 PM
gaisss..panggil tiktokers paranormal gaissss...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.151931 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top