Seorang lelaki dikenali sebagai Syahmi mendakwa seekor anjing yang sedang mengalami kecederaan dipukul secara beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki. Syahmi mengatakan kejadian di sebuah kampung di Pulang Pinang itu dirakam oleh teman wanitanya yang trauma dan panik melihat insiden tersebut di depan mata.
Menurut Syahmi, kejadian kira-kira pukul 8 malam itu bermula apabila anjing itu melintas secara mengejut di hadapan sebuah motosikal di kawasan yang tidak mempunyai lampu jalan. "Kejadian tu terjadi berdekatan dengan rumah teman wanita saya. Dia dengan abang dia pergi ke lokasi kejadian untuk tengok apa yang jadi. Kawasan jalan kampung di situ memang sedikit gelap. "Dia cakap anjing tu lintas mengejut, penunggang motosikal tu tak sempat elak dan terlanggar anjing tu. Penunggang motosikal tu hilang kawalan dan terbabas. Penunggang tu jatuh dan calar badan di bahagian belakang.
"Anjing tu pula cedera kedua-dua belah kakinya dan dia lari sembunyikan diri dalam longkang sebab takut. Lepas tu ramai yang pergi cari anjing tu dan pukul guna kayu sampai mati," katanya kepada mStar. Syahmi mengatakan berdasarkan makluman teman wanitanya, anjing itu sudah lama berada di kawasan berkenaan. "Teman wanita saya cakap anjing tu memang selalu ada di sana dan sering dilihat melintas jalan dekat situ. Tak tahu apa yang orang di situ tak puas hati sangat, tapi mereka macam simpan dendam betul. "Kejam sangat dan saya rasa geram yang tak terhingga apabila tahu anjing yang dah tak berdaya tu dipukul sampai mati. Penduduk kampung di situ pun tengok je anjing tu dilunyai sampai mati. "Teman wanita saya rasa bersalah sebab tak halang, tapi dia pun tak boleh buat apa. Kumpulan lelaki yang berbadan besar tu ada ramai, mereka siap cakap jangan ada sesiapa yang rakam dan post di media sosial apa yang mereka buat tu. "Tapi nasib baik teman wanita saya bijak dan dia rakam secara senyap-senyap dari jauh, sekurang-kurangnya ada bukti apa yang berlaku malam tu," kata Syahmi. Lebih menyayat hati apabila jasad anjing tu yang berada dalam keadaan menyedihkan dibiarkan begitu sahaja di tempat kejadian. "Teman wanita saya cakap jasad anjing tu dibiarkan macam tu je di tepi jalan. Saya hilang kata-kata apabila tengok video yang teman wanita saya rakam tu. "Kumpulan lelaki tu ada akal dan otak, boleh timbang baik dan buruk... kenapa sanggup pukul anjing tu sampai mati. "Anjing tu pun benda hidup dan ada perasaan selain merupakan makhluk Allah. Harapan saya supaya pihak yang terlibat ni dapat hukuman yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan," kata Syahmi. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyeru agar keadilan ditegakkan untuk anjing itu. "Anjing tu pun dah cedera. Bukannya anjing tu mengancam nyawa orang. Sampai hati mereka ambil tindakan kejam sebegini. Seksa sampai mati pula tu. "Aku tak dapat terima kezaliman macam ni. Semoga semua pembunuh ni mati dengan kejam dan tanpa simpati. Amin," kata warga maya. Sementara itu Harian Metro melaporkan, pihak polis sekarang ini sedangan mengesan dua lelaki berkenaan. -CARI Sumber: mStar
|
ifanonline replied at 10-7-2023 11:20 AM
bilangan anjing dan kucing kalau tidak di kawal akan memberi musibah kpd pengguna jalanraya dan kana ...
ifanonline replied at 10-7-2023 11:20 AM
bilangan anjing dan kucing kalau tidak di kawal akan memberi musibah kpd pengguna jalanraya dan kana ...
itik_magic replied at 10-7-2023 04:55 PM
setuju. ada kenalan baru2 ni kena gigit anjing masa bwk motor.
salimrock replied at 10-7-2023 04:04 PM
mgkn pemuda ini telah menyelamatkan nyawa pengguna jalanraya yg lain...
anjing, lembu, kambing, k ...
ADVERTISEMENT