Oleh Izzah Abbasy
Wanita kalau bersiap memang tak cukup masa. Kalau boleh, kena bagi masa satu hari baru boleh siap sempurna agaknya. Paling cepat para wanita boleh bersiap adalah selama 45 minit. Betul tak? Bukan apa, nak fikirkan tema apa nak pakai hari ini, warna yang sesuai, beg apa, lipstik terang atau gelap dan sebagainya. Itu belum lagi, baju yang dipakai 'dicabut' dengan tiba-tiba sebab tak sesuai dan tak selesa. Bertambah lamalah masa yang diambil untuk bersiap. Berikut ada 4 tip yang boleh percepatkan waktu bersiap anda dan 'mood' pada hari itu akan terus terjaga dan ceria. 1 | PAKAI SELAPIS Untuk menjimatkan masa, pilihlah pakaian yang tidak berlapis seperti kemeja atau blaus di padankan dengan seluar hitam. Ini kerana, baju yang berlapis selalunya memerlukan sedikit masa untuk padanan. Jadi, mengapa perlu bazirkan masa jika kamu sebenarnya boleh jimatkan masa, betul tak ? 2 | BUAT PERSIAPAN Sebelum kamu lelapkan mata untuk tidur, buat sedikit persiapan pakaian untuk esok. Jika baju yang ingin di pakai itu perlu di gosok terlebih dahulu, jangan tangguh-tangguhkannya. Segera serika baju dan terus gantungkan ia. Jika tidak kamu akan tergesa-gesa keesokannya. Malah, kamu juga boleh mengambil sedikit waktu untuk merancang pakaian untuk di pakai keesokan harinya. Girls, percayalah tip ini sangat membantu! 3 | PAKAI PAKAIAN TERBAIK ! Jangan bazirkan masa, cuba ingat kembali pakaian terbaik kamu dan segara kenakan ia. Ya, cara ini akan membantu kamu menyelesaikan masalah ‘dilema memilih pakaian’ dengan sekelip mata. Sekurang-kurangnya selepas mengenakan ia kamu akan rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Tak gitu ? 4 | ALL ABOUT BASIC Jika kamu benar-benar ketandusan idea untuk bergaya, pilih pakaian basic yang sangat simple seperti gabungan jeans, t-shirt, dan blazer. Kemudian tambahkan sedikit aksesori agar penampilan kamu nampak lebih menarik. Tidak perlu peningkan kepala hanya semata untuk memilih tema pakaian. Sumber info : Remaja
|
15
Bagus |
27
Marah |
15
Terkejut |
15
Sedih |
17
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cikputih15 replied at 28-12-2015 02:25 AM
iron bj se almari sesiap
Elle_mujigae replied at 3-11-2015 10:00 AM
nak tambah..
5. invest in a good steam iron... takde la buang masa nak iron part kedut2 tu ban ...
minahmanja replied at 29-12-2015 12:24 PM
ckp psl steam iron, teringat aku kat go shop... mmg senang gile..
Elle_mujigae replied at 30-12-2015 05:35 PM
kita baru check kat website go shop.. steam iron yang ini ye?
Elle_mujigae replied at 3-11-2015 10:00 AM
nak tambah..
5. invest in a good steam iron... takde la buang masa nak iron part kedut2 tu ban ...
retnoel replied at 31-12-2015 09:08 PM
Tq elle..gud info..part iron mmg agak merenyahkan..hihi..
ADVERTISEMENT