CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanusi Anggap Diri Umpama Kereta Kebal

10-7-2023 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 170| Komen: 0

Bersedia berdepan saingan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mengumpamakan dirinya sebagai sebuah kereta kebal yang teguh dan tenang walaupun diserang.


Dihambat kontroversi, dituduh menjadi beban dan liabiliti atau dianggap sebagai kelebihan kepada parti, jeneral perang Perikatan Nasional (PN) itu tidak peduli dengan label diberi, malah tegas dengan pendiriannya untuk kekal menjadi diri sendiri.


Add Image Caption Here


"Kejayaan utama adalah menghadapi masalah paling besar di Kedah iaitu infrastruktur bekalan air. Selepas ambil alih pentadbiran negeri pada Mei 2020, kita sambung proses sejak 2010 yang terhenti pada 2018 berkaitan pinjaman bekalan air.

"Pada 2021, kita berusaha mendapatkan geran atau pinjaman bagi menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA).


"Sebelum proses itu dimuktamadkan, perlu lakukan proses migrasi yang agak lama sangkut kerana banyak tafsiran perlu dimuktamadkan berdasarkan beberapa perjanjian antaranya pengkorporatan, menamatkan dua pemegang konsesi air iaitu Air Utara Indah Sdn Bhd (AUI) dan Taliworks yang memberi penjimatan besar.

"Ketika ambil alih, hutang mencecah RM137 juta dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) sedang kerugian RM36 juta dalam operasinya. Pada 2021, kita berjaya kaut keuntungan RM1 juta dan seterusnya muktamadkan proses migrasi," ujarnya ketika diwawancara Sinar Harian.

Tambahnya, ketika pembinaan lima LRA dimulakan, keutamaan LRA Plubang dengan jajaran paip baharu sepanjang lebih 100 kilometer untuk dua laluan ke Pida (Jerlun) dan Kuala Kedah. Sementara LRA Bukit Selambau berdepan masalah.

Kedah mencatat rekod baru apabila sebuah syarikat melabur RM42 bilion menjadikan keseluruhan pelaburan mencecah RM68 bilion. 


SUmber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.037119 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top