Kehilangan wanita dari Desa Mekarsari di wilayah Bogor sehari selepas majlis akad nikah akhirnya terungkai apabila pengantin baru itu dilapor melarikan diri bersama bekas kekasihnya di Jakarta.
Anggi Anggraeni, 21, mengakui menghilangkan diri kerana masih menyimpan perasaan terhadap bekas kekasihnya itu. Ketua Polis Rancabungur, Iptu Hartanto berkata, wanita itu akan pulang ke pangkuan keluarganya selepas suaminya, Fahmi Husaeni, 25, bersetuju untuk menceraikannya. “Anggi diketahui pergi bersama bekas kekasihnya atas motif cinta. “Selepas berbincang, Fahmi membuat keputusan untuk melepaskan isterinya dan mengembalikan wanita itu kepada ibu bapanya. Bagaimanapun, dalam sesi perbincangan itu, Anggi tidak hadir, kerana masih berada di luar bandar,” jelas Iptu.
Drama kehilangan Anggi heboh diperkatakan warga net selepas Fahmi membuat laporan polis dan menguar-uarkan di media sosial, isterinya yang baru dinikahi pada 25 Jun lalu tidak pulang ke rumah setelah meminta izin untuk keluar membeli makanan. Jelas Iptu, Fahmi juga bersetuju menyelesaikan masalah itu secara baik dan merelakan Anggi kembali ke pangkuan kekasih hatinya tanpa membuat sebarang tuntutan undang-undang. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT