CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Seronok Penerima Bantuan Tak Lupa Jasa, Mesej ‘Update’ Kejayaan Anak Selepas 5 Tahun

10-7-2023 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 913| Komen: 13

Seorang guru yang juga aktivis kebajikan masyarakat, Mohd Fadli Salleh dalam satu hantaran di Facebook mendedahkan tidak menyangka menerima kiriman mesej daripada seorang wanita berstatus ibu tunggal yang pernah dibantunya kira-kira lima tahun lalu.


Wanita tersebut menzahirkan ucapan terima kasih kerana anaknya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, berkat bantuan Mohd Fadli sebelum ini.





Wanita yang membahasakan dirinya sebagai Kak Latifah turut menghantar salinan keputusan peperiksaan anaknya buat tatapan guru berkenaan.


Dalam mesej kedua pada 8 Julai lalu, wanita tersebut sekali lagi menghantar mesej kepada Mohd Fadli, memaklumkan anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi kursus Diploma Teknologi Seni Reka Perindustrian.



Mohd Fadli juga kagum Kak Latifah gigih mencari rezeki dengan menjual kuih siput untuk menyara anak-anaknya bersendirian.

Turut tumpang gembira dengan kejayaan anak yang pernah dibantunya itu, Mohd Fadli berkata dia berniat untuk menghadiahkan sebuah komputer riba untuk kemudahan pembelajaran remaja berkenaan di universiti kelak.






Untuk rekod, Mohd Fadli yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur merupakan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (Dana Kita) yang aktif menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaan ibu tunggal berkenaan yang mendidik anaknya hingga menjejakkan kaki ke menara gading.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 10-7-2023 10:04 AM
Tahniah
Quote dua_chzy 10-7-2023 10:09 AM
Betul2 benci Maths budak ni.
Quote Freezfrozen 10-7-2023 10:33 AM
dua_chzy: Betul2 benci Maths budak ni.


Hahahahaha
Quote prettyuglybabe 10-7-2023 10:42 AM
tahniah.. rare sangat penerima bantuan macam ni..
biasa dah biasa menerima takde rasa nak maju dah..
Quote pekanwoohoo 10-7-2023 10:56 AM
Penat jugak asik muka terpaling cikgu ni asyik lalu depan belakang
Quote nanasno 10-7-2023 12:17 PM
tahniah dik. suka berita macam ni. takpa la matematik tambahan tu dik memang tak suka matematik kot. apa2 pun tahniah dik usaha lagi jangan putus asa.
Quote Sazreena 10-7-2023 05:20 PM
Skang ni punya sistem sampai G. Aku dulu abis-abis gagal F9...kehkehkeh..nampak tak betapa dinosaurnya jaman ku inih. Baidewei tahniah la dik. UiTM pun helok je kalau ko pandai bawak diri.
Quote orkid_amani 10-7-2023 05:36 PM
dua_chzy replied at 10-7-2023 10:09 AM
Betul2 benci Maths budak ni.

Kan..syg beetoiiii result Math dia..bg la lulus cukup2 makan..syg result yg lain elok .mai kat math dua2 ciduk
Quote dua_chzy 10-7-2023 05:44 PM
Sazreena replied at 10-7-2023 09:20 AM
Skang ni punya sistem sampai G. Aku dulu abis-abis gagal F9...kehkehkeh..nampak tak betapa dinosaurn ...

F9 tu sama nilai dengan 9G.
Quote dua_chzy 10-7-2023 05:45 PM
orkid_amani replied at 10-7-2023 09:36 AM
Kan..syg beetoiiii result Math dia..bg la lulus cukup2 makan..syg result yg lain elok .mai kat mat ...

Aiols dulu pun benci Maths. Tapi lulus la juga Add Maths hanat tu. Maths pun kredit la juga.
Quote imanjannah 10-7-2023 07:09 PM
alhamdulillah....
Quote orkid_amani 10-7-2023 07:11 PM
dua_chzy replied at 10-7-2023 05:45 PM
Aiols dulu pun benci Maths. Tapi lulus la juga Add Maths hanat tu. Maths pun kredit la juga.

Myb dia xminat kot naa math tapi fizik kimia dia ok pulak..xfaham aii..tapi sygnya result cantik mcmni ambik kos retis.. industry hiburan kita ni xnampak arah tuju..kawan aii ambik TEKA dulu..ntah apa nama course dia..filem ka apa ntah..sampai degree..last2 masa master baru dia nampak industry kita xboleh p jauh dia tukaq ambik ofice mgmt..skg kerja dgn kemeterian..nasib baik dia kata dia sedaq awai
Quote dekmieDandy 11-7-2023 12:07 PM
kalau kat twitter ni mesti meloncat dah kenapa budak ni dapat masuk UA, tapi budak non-bumi tak dapat

apapun tahniah dik

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.072854 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top