CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tertekan Suami Kaki Tipu Duit Orang, Kaki Hutang, Pecah Amanah- "Dia Kata Saya Isteri Ketiga, Rupanya Yang Kelapan!"

10-7-2023 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 291| Komen: 0

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan tertekan suaminya  ‘kaki hutang’ orang, bahkan terlibat dalam banyak kes pecah amanah.

Lebih merunsingkan apabila si isteri sering menerima panggilan daripada orang ramai yang menuntut hutang suaminya selain pernah ‘viral’ wajah wanita itu di media sosial.


Kisah tersebut diceritakan oleh peguam syarie, Mazidah Husain menerusi video dimuat naik pada TikTok beliau.


Gambar Hiasan

“Dua kali orang viralkan muka saya. Saya baru kahwin dua bulan lepas, suami kerja broker kereta sambung bayar. Tak sampai dua minggu kahwin macam-macam masalah mula timbul.

“Ada orang luar tiba-tiba ‘call’ saya nak tuntut hutang suami. Jadi saya tak senang duduk kenapa org tu ‘call’ saya bukan suami. Macam-macam saya fikir, akhirnya saya dapat tahu sebelum kahwin dia banyak pecah amanah, tipu duit orang,” katanya memetik cerita wanita tersebut.


Dalam masa sama, wanita itu berasa bimbang apabila wang untuk majlis perkahwinan mereka sebenarnya dipinjam daripada ah long.

“Senang cakap semua yang dia bagi saya hasil pinjaman orang. Status perkahwinan pun, dia tipu saya. Dia cakap saya isteri dia yang ketiga.

“Tapi lepas sebulan lebih kahwin, abang dia sendiri bagi tahu saya sebenarnya isteri kelapan. Nak pitam masa abang dia beritahu,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.134505 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top