PETALING JAYA – Dulu berbelanja hanya RM200 sebulan tetapi kini mencecah RM500, kenaikan harga barangan basah merunsingkan orang ramai. Anggaran perbelanjaan itu bagi isu rumah seramai empat orang susulan bahan mentah asas seperti sayur, ikan dan bahan memasak lain yang didakwa terus naik sekarang ini.
Tinjauan di Pasar Besar Jalan Othman di sini mendapati, beberapa bahan mentah dan sayur-sayuran sentiasa mengalami kenaikan harga menurut pengguna. Seorang pembeli, Azila Zaidi, 47, mengakui semakin terbeban dengan kenaikan harga barangan basah itu. “Harga barang keperluan rumah dulu saya beli hanya dalam RM200 sahaja. Sekarang jumlah yang sama naik sehingga RM500,” katanya. Menurut Arlay Jacob, 59, pula dia memerlukan perbelanjaan yang lebih besar bagi membeli barangan mentah seperti ayam. “Ayam seekor sekarang mahal. Seekor boleh cecah RM26. Kadang-kadang sebulan saya berbelanja untuk enam ekor ayam sahaja boleh mencecah lebih RM130,” katanya.
Tambahnya, kenaikan harga ikan juga tidak kurang mahalnya. “Sebelum ini harga ikan lagi mahal dari sekarang. Saya bersyukur juga, ada sedikit penurunan harga tetapi tengok pada jenis ikan. “Ikan pelaling dan ikan kembong sebelum ini mencecah sehingga RM30 sekilogram, sekarang turun sedikit kepada RM20 sekilogram. “Bagi saya harga itu masih mahal tetapi apakan daya, kasihan juga pada peniaga,” jelasnya. Turut mengeluh isu yang sama, Intan Kadir, 35, yang berkata, harga sayur-sayuran masih lagi tinggi terutama tomato. “Saya penggemar sayur dan tomato. Saya memang terasa harga tu agak tinggi sekarang. Daripada RM3 sekilo jadi lebih RM5. “Cili pun sama, dulu harga RM3 sekilogram tetapi sekarang mencecah sehingga RM7,” katanya! Tinjauan juga mendapati bekalan bahan mentah seperti daging tiada masalah, kerana sentiasa ada dan harga pula masih lagi terkawal dan harga sentiasa stabil. -CARI Sumber: Kosmo
|
venom1 replied at 10-7-2023 09:56 AM
Auta je..penuh je troli masa beli barang basah tu..tak nampak pun muka kesal masa bayar tu
ifanonline replied at 10-7-2023 11:23 AM
dlm keadaan kos sara hidup meningkat ni, langkah terbaik utk mengurangkan sexual tension adalah dgn ...
likilu replied at 10-7-2023 12:09 PM
Kalau gaji rendah kita suruh acik b40 syukur Jr dan ikhlas bekerja
Apakata tokey pasaraya pun ikhla ...
koko2 replied at 10-7-2023 10:23 AM
ko nak definasi expression wajah yg gimana ?..
meraung..tarik2 rambut meratap berguling2 mcm takde ...
prettyuglybabe replied at 10-7-2023 10:46 AM
nak jimat, berhenti makan luar..
tiap hari gi kerja bawak bekal..
anak sekolah pun bagi bekal..
limesherbet replied at 10-7-2023 12:49 PM
Terasa sis tau......sis mmg suker guna bawang banyak, ternyata the more the tastierrr
ifanonline replied at 10-7-2023 11:23 AM
dlm keadaan kos sara hidup meningkat ni, langkah terbaik utk mengurangkan sexual tension adalah dgn ...
tripleid replied at 10-7-2023 01:14 PM
Masa jadi kjaan 33bulan dulu buat apa??
ADVERTISEMENT