CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Punya Ni? Pelanggan Bikin Tuan Kedai Geleng Kepala, Selamba Tinggalkan Seluar Dalam Lepas Cuba Jeans

10-7-2023 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 574| Komen: 4

Hanoi: Seorang pelanggan gedung pakaian di Vietnam bikin tuan kedai geleng kepala apabila meninggalkan seluar dalamnya selepas mencuba sepasang jeans.

Insiden itu tular di media sosial selepas kakitangan kedai berkenaan menyiarkan gambar seluar jeans terbabit bersama seluar dalam untuk mengesan pemiliknya.


Mereka mencari pelanggan wanita dipercayai tidak sengaja meninggalkan seluar dalam selepas mencuba jeans di kedai itu.

Foto: Sanook

Seluar berkenaan ditinggalkan dalam longgokan pakaian yang dicuba pelanggan, malah disifatkan penemuan tidak terjangkau dek akal.

"Kamu pasti tergesa-gesa. Jangan terkejut dan jangan fikir kami sengaja mencuri seluar dalam kamu.

"Kami belum menjual satu barang pun tapi sudah memperoleh untung," kata kakitangan kedai itu dalam keterangan gambar yang dimuat naik di media sosial.

Selepas imej itu disiarkan, pengguna Internet tertanya-tanya bagaimana wanita itu boleh terlupa seluar dalamnya atau memang sengaja meninggalkannya di kedai itu.


Perkara itu juga menjadi bahan jenaka di media sosial.

"Tergesa-gesa sangat ke anda sampai terlupa atau mungkin lebih baik untuk tidak memakainya kerana panas?" sindir seorang netizen.

Seorang lagi netizen mempersoalkan sama ada wanita itu tidak rasa 'berangin' tanpa memakai seluar dalam.

"Adakah anda perlu membuangnya selepas mencuba seluar? Tetapi siapa yang akan menjualnya? Dan yang lebih penting, siapa yang berani membelinya?" kata seorang netizen. -CARI

Sumber:Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 10-7-2023 11:19 AM
Quote noor2 10-7-2023 12:46 PM
Mcm tu la seluar yg kita beli kut....dah ramai org try
Quote Samerosie 10-7-2023 12:58 PM
Hahaha tak perasan la tu.  Tapi gross gila kut.
Quote ally9970 10-7-2023 02:21 PM
Pos kan je ke singapore, sana ada yg suka cium bau seluar dalam pompuan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061809 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top