CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerani Hilang Lebih RM90,000 Kena Scam Pelaburan Tidak Wujud Di Facebook

9-7-2023 10:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 688| Komen: 4

Kuantan: Wang simpanan sebanyak RM92,540 milik seorang kerani akaun lesap selepas wanita itu terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud menerusi laman Facebook pada Mac lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa berusia 52 tahun itu telah melayari laman sosial tersebut dan tertarik mengenai pelaburan saham yang ditawarkan sebelum menekan pautan yang disertakan.



"Akibat terpengaruh dengan tawaran keuntungan lumayan, mangsa telah membuat 12 transaksi ke empat akaun bank berlainan dalam tempoh empat bulan sebelum menyedari dirinya terpedaya kerana tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan skim pelaburan melalui media sosial dan memaklumkan syarikat atau individu yang tidak diberi lesen atau kebenaran dari Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti tidak boleh menerima deposit dari mana-mana pihak.



Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swateng1 11-7-2023 12:33 PM
mak aihhh..banyaknyaa saving diaaaa
Quote wirazam 11-7-2023 12:47 PM
swateng1 replied at 11-7-2023 12:33 PM
mak aihhh..banyaknyaa saving diaaaa

Tgk.umur dia lar..dah keje lebih 34 tahun kalau dia start keje lepas spm..
Quote ajinomotonosuga 11-7-2023 01:17 PM
swateng1 replied at 11-7-2023 12:33 PM
mak aihhh..banyaknyaa saving diaaaa

makan nasi dgn bawang je tu...jirus air sejuk jadi kuah...tu bnyk duitttt
Quote midori888 11-7-2023 01:21 PM
nie lah dia, org tamak selalu rugi....

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.119132 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top