Gua Musang: Seorang bayi lelaki yang baru berusia 39 hari, meninggal dunia semasa sedang tidur di rumahnya di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang, Jalan Persiaran Raya, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Gua Musang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima laporan kematiannya pada pukul 7.20 pagi. Katanya, siasatan awal mendapati, bapa bayi berkenaan yang berusia 39 tahun melihat anaknya tidak sedarkan diri selepas bangun daripada tidur kira-kira pukul 5 pagi. “Dia meminta bantuan jiran untuk hantar anaknya ke hospital dan bayi terbabit diberi rawatan segera, namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini. Choon Foo memberitahu, hasil bedah siasat mendapati punca kematian bayi yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu adalah disebabkan ‘pulmonary hemorrhage’ atau masalah saluran darah pada paru-paru.
Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa. Sumber: Kosmo! Online
|
Carcosa replied at 9-7-2023 10:51 PM
Tgk berita tadi, baby ni tersedak susu.
Mak dia kadang breastfeed, kadang kasi formula. Masa apak di ...
Suchi replied at 10-7-2023 01:29 PM
Baby tersedak masa tgk minum susu ke? Atau tengah terbaring tu tiba2 kuar susu eh?
Cassieopeia replied at 10-7-2023 04:04 AM
kesiannya mcm anak kazen dlu meninggal sbb baby lupa bernafas. Dr bgtau mmg ade gitu sbb buat post m ...
Carcosa replied at 10-7-2023 03:40 PM
Entahlah chuolszahhhhh, meols masa tgk berita TV3 smlm, meols sambil2 melantok So mcm tak be ...
ADVERTISEMENT