CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meta Rekod Kerugian RM302 Juta Angkara Scammer

9-7-2023 10:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 243| Komen: 0

Kulai: Dua pengendali media sosial di bawah Meta Platforms Inc. (Meta) iaitu Facebook dan Instagram merekodkan kerugian penipuan atas talian kira-kira RM302 juta dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.


Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, sehingga Jun lalu, jumlah kerugian disebabkan penipuan yang menggunakan Facebook ialah RM230 juta manakala Instagram ialah RM70 juta.

Teo Nie Ching menyampaikan replika cek sumbangan kepada Ketua Jurulatih MMA Cawangan Kulai, Mohamad Hisyam Kamarulzaman ketika sesi penyampaian di Ultimate MMA Fitness & Self Defence, Kulai, hari ini.

Beliau berkata, trend kegiatan penipuan atas talian di pelbagai platform media sosial semakin membimbangkan dan kementerian telah mengadakan pertemuan dengan Meta (Facebook dan Instagram) bagi membuktikan masalah penipuan atas talian yang mengguna pakai platform ini sebagai isu serius.


“Pada 2021, jumlah kerugian yang disebabkan penipuan menerusi Facebook sebanyak RM80 juta meningkat kepada RM92 juta pada tahun lalu.

“Sehingga bulan lalu sahaja, jumlah kerugian direkodkan adalah sebanyak RM60 juta. Berdasarkan trend tahun ini, mungkin kerugian boleh mencecah RM120 juta sehingga akhir tahun,” katanya ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Ultimate MMA Fitness & Self Defence, Indahpura, Kulai, di sini hari ini.

Nie Ching berkata, bagi rekod jumlah kerugian disebabkan penipuan platform Instagram ialah RM20 juta pada 2021 dan meningkat kepada RM25 juta pada tahun lalu.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata, jumlah kerugian yang direkodkan pada tahun lalu itu menyamai kerugian dilaporkan pada tahun ini sehingga bulan lalu sahaja.

Menurutnya, kedua-dua platform ini menjadi sasaran aktiviti penipuan setelah ia merekodkan jumlah pengguna yang tinggi serta platform paling popular dalam kalangan penduduk di negara ini. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.204668 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top