CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haram Jatuhkan Pemimpin Yang Baik – Mufti Pulau Pinang

9-7-2023 10:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 770| Komen: 7

George Town: Hukum menjatuhkan pemimpin yang terbukti menjalankan tugasnya dengan baik adalah haram.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pandangan itu disandarkan kepada sebuah hadis sahih yang dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak daripada riwayat Ibnu ‘Abbas.



“Menerusi hadis ini telah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, barang siapa melantik seseorang menjadi pemimpin ke atas orang-orang beriman sedangkan (terdapat) dalam kalangan mereka orang yang lebih baik daripadanya maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman.

“Oleh itu, saya berpandangan sekiranya didapati dengan bukti-bukti yang menyakinkan bahawa seseorang itu adalah pemimpin yang terbaik maka adalah haram dia dijatuhkan,” katanya, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai klip video yang tular membabitkan pemimpin sebuah parti politik yang menyatakan hukum untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada iaitu kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah wajib.


Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, apabila seseorang pemimpin dilantik secara sah maka adalah haram dia dijatuhkan.

“Adapun keabsahan atau legitimasi kepimpinan adalah terhasil dengan dua faktor iaitu menegak syariat Allah dan kedua, kerelaan umat Islam.

“Penegakan syariat bukan dengan percakapan tetapi dengan tindakan seperti melaksanakan keadilan, kebajikan untuk rakyat, membasmi kemiskinan, memerangi kefasadan dan kemungkaran termasuk rasuah dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, keredaan muslimin pula dicapai melalui persetujuan antara bakal pemimpin dengan rakyat yang disebut bay’ah yang bererti jual-beli.

“Ini adalah kerana pemerintahan adalah sejenis transaksi seperti jual-beli dan ia tertegak dengan saling reda-meredai atau mutual concent.

“Dalam sistem demokrasi masa kini bay’ah diterjemahkan ke dalam bentuk undi pilihan raya bebas untuk memilih wakil rakyat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, agama boleh digunakan di dalam politik tetapi untuk tujuan membina seperti usaha meratakan keadilan dan kebajikan di dalam masyarakat, menghormati perlembagaan negara. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 9-7-2023 11:22 PM
Edited by mojarean_X at 9-7-2023 11:23 PM

Najib lah tu. Perdana menteri terbaik.

Semoga najib dipermudahkan utk bebas
Quote edayildiz 9-7-2023 11:49 PM
mslhnya kt mesia ada ke pemimpin yg baikkk
Quote Tinot7 10-7-2023 04:07 AM
Ckp pasai sapa ni?
Quote lostnfaun 10-7-2023 08:19 AM
Mcm mana nak justifikasi kan sbg baik?

Ada ahli politik/pemimpin nie sakau tetap sakau tapi pd masa sama rajin bg sumbangan sana sini, pegi umrah/haji semua.
Quote Simunggu 10-7-2023 08:37 AM
nak tanya mufti..zaman nabi ada tak nabi ambil ketua negara bukan beragama Islam?
Quote ciksom 10-7-2023 09:37 AM
Ada ke orang baik dalam dunia ni?
Quote OshinDaSolja 10-7-2023 09:43 AM
pak mufti pun laa..adoii.. refer dkt sapa, bangnon ka tu... mai nk habaq bangnon naik jd PM bkan majority orang Melayu Islam pun yg undi dia...yg dok undi dia majority orang kapir sbb depa nk perguna dia supaya depa pun boleh dpt kuasa... pak mufti dh check ka berapa percent undi orang Melayu Islam dekat bangnon ni?? takkan tu pun masih lg benak dan nak jilat dia? kenapa nk kena sokong pemimpin yg diangkat oleh bukan Islam? over sgt mufti ni...nmpk sgt bias jilat kerajaan...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.055434 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top