CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Suami Hingga Mati Gaduh Sebab Isteri Kedua

9-7-2023 09:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 317| Komen: 0

Abuja, Nigeria – Seorang wanita dari Kofar-Dumi Bauchi, Nigeria didakwa menikam suaminya sehingga mati semasa bertengkar mengenai isteri kedua.

Laman berita Leadership News semalam melaporkan, mangsa, Aliyu Muhammad difahamkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan di dada selepas ditikam manakala isterinya, Maimunatu Sulaiman turut mengalami lebam kecil.



Pemangku Pegawai Perhubungan Awam Polis Negeri Bauchi, Asisten Superintendan Aminu Gimbal Ahmed berkata, wanita itu disoal siasat berhubung kejadian tersebut.

Aminu berkata, wanita berkenaan telah pun mengaku melakukan kesalahan itu sambil menambah bahawa kes tersebut telah dipindahkan ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk tindakan lanjut.

“Siasatan diteruskan dan suspek akan didakwa ke mahkamah selepas siasatan selesai.

“Kami bertindak atas maklumat yang diterima pada 5 Julai kira-kira pukul 11.40 malam (waktu tempatan). 


“Detektif yang bertugas di ibu pejabat Polis Bahagian Perbandaran Bauchi menahan Maimunatu yang berumur 21 tahun kerana didakwa membunuh,” ujarnya. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.600663 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top