London: Niat untuk melindungi sungai daripada terus dicemari, seorang gadis membuat keputusan untuk berkahwin dengan sungai yang sudah tercemar itu. Akhbar Daily Star kelmarin melaporkan, Meghan Trump telah jatuh cinta dengan sungai ke-19 terpanjang di Britain, Sungai Avon, walaupun ia kotor dan dicemari dengan sisa najis manusia.
Hari bersejarah wanita itu pada 17 Jun lalu agak berbeza dengan kebanyakan orang kerana dia berikrar mengenai komitmennya terhadap sungai yang mengalir melalui Bristol tersebut. Trump memberitahu Daily Star bahawa dia membuat keputusan pelik itu kerana laluan air sungai tersebut telah menyebabkan dia dan rakan-rakannya jatuh sakit sebelum ini.
Menurut gadis itu, sungai tersebut juga membuatkan pakaian renangnya berbau najis. Tambahnya, alasan di sebalik tindakannya itu adalah demi memenuhi ikrar untuk cuba melindungi dan menjaga sungai tersebut yang telah mengalami peningkatan jumlah pencemaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – Agensi Sumber: Kosmo! Online |
edayildiz replied at 9-7-2023 10:18 PM
lps cerai ngan sg kt ldn blh try sg mekong pulak
ADVERTISEMENT