CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Guan Eng

9-7-2023 09:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 770| Komen: 3

Kuala Lumpur: Bukit Aman mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya yang menyentuh isu 3R ( agama, raja dan kaum), hari ini.

Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk G S Suresh Kumar, berkata siasatan dijalankan selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima beberapa laporan polis berkait perkara itu.


Beliau berkata, laporan polis yang diterima itu berkaitan kenyataan Guan Eng yang dipercayai menyentuh isu 3R dengan mendakwa 'gelombang hijau' bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.


"Kenyataan itu dipercayai diucapkan beliau semasa berucap dalam program 'Tian Fu Gong Bai Long Wang Singapore - Malaysia Tour 2023' di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang pada 7 Julai lalu.

"Pada 8 Julai lalu (semalam), Portal Berita Malaysianow turut menyiarkan artikel berhubung kenyataan Pengerusi DAP itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Berikutan itu, beliau berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini memulakan siasatan terhadap Guan Eng berhubung isu berkenaan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan masih dijalankan, justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan," katanya.

Suresh Kumar menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan yang memetik laporan akhbar Bahasa Mandarin melaporkan, Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat 'gelombang hijau' daripada bertapak di negeri itu.

Guan Eng mendakwa, ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissYouSayang 10-7-2023 02:11 AM
Motif bagi polis yg siasat tu pun x lama lagi nk pencen. ??  Ke sekadar wak ghaso2
Quote Simunggu 10-7-2023 08:56 AM
isu 3R memang susah dibendung org akan cakap juga....yg penting pendidikan kepada generasi muda..
Quote menjad 10-7-2023 09:01 AM
masih ada orang bangan yang termakan dik isu 3R. politik mundur. dah berpuluh tahun mana ada berlaku. lain lah ko bina tokong kat tanah orang kat tanah milik kerajaan mmg lah kena roboh. tuh pun dipolitaik kan jugak nak jugak kaitkan ngan islam.

ko dapat duk kat tanah melayu nih aman damai pun patut bersyukur dah. bebas beragama apa lagi yang korang nak.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.036813 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top