Gombak: Seorang wanita warga emas disyaki menyimbah asid ke arah sepasang suami isteri dan anak mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia lingkungan 60-an ditahan jam 4.20 petang tadi. "Tangkapan sudah dibuat ke atas suspek namun punca kejadian kita akan cuba dapatkan selepas permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, esok," katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu Harian Metro melaporkan, seorang warga emas bersama suami dan anaknya yang juga pengusaha kedai roti naan menempuh detik cemas apabila disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini baru-baru ini. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang individu yang mengaku sebagai kenalan mangsa.
Video berkenaan memaparkan seorang suspek berdiri berhampiran mangsa semasa mereka sekeluarga sedang menunggu lif sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus mereka memasuki lif. Sumber: Harian Metro |
edayildiz replied at 9-7-2023 11:39 PM
dh ujung ujung usia nk mati baru masuk penjara..seram..
mcm sorg abg kt ofis i skrg..dia apply upl s ...
allshares replied at 10-7-2023 12:17 AM
Jahattttt gilaaaaa. Babik golongan perogol peliwat pencabul nih
edayildiz replied at 10-7-2023 12:38 AM
kann..pdhl ada bini yg hot lg..gilaaaa..
tp bini nampak obses ngan dia kalau tgk post kt fb sblm n ...
Suchi replied at 10-7-2023 07:17 AM
Apa sebab dia simbah asid tu? Apa yg marahh nauuu2 ni
diss69 replied at 10-7-2023 09:24 AM
Senangnya dia buat hukum sendiri..tp nk tau jugak pasaipa dia buat lagu tu...dendam,dengki?
salimrock replied at 10-7-2023 09:16 AM
bisnes , meniaga kedai makan, cam tu la,
ADVERTISEMENT