CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hasrat Kanak-Kanak Hidap Leukemia Jadi Pegawai Polis Tercapai

9-7-2023 08:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 504| Komen: 6

Petaling Jaya: Impian dan hasrat seorang kanak-kanak lelaki yang disahkan menghidap penyakit leukemia untuk merasai menjadi pegawai polis tercapai, hari ini.

Muhamad Wirdas Hafiy Zhahrin Ain,10, menderita penyakit tersebut sejak beberapa bulan lalu ternyata sangat gembira dan bersyukur kerana berpeluang menaiki kenderaan PDRM.


Gambar yang dikongsi di Facebook Polis Batu Gajah, hari ini.

Melalui kenyataan Facebook Polis Daerah Batu Gajah, kanak-kanak tersebut telah dibawa menaiki kereta MPV di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Batu Gajah, Perak bersama keluarganya.

“Program itu mendapat kerjasama Organisasi Make- A- Wish Malaysia yang objektifnya adalah untuk menunaikan impian insan-insan yang terpilih dalam program impian anak istimewa ini,” jelasnya.

Terdahulu, Muhamad Wirdas Hafiy bersama keluarganya dibawa menaiki kereta MPV meronda di sekitar kawasan Batu Gajah dan singgah di Sekolah Kebangsaan Sultan Yusuf, iaitu lokasi tempatnya belajar.


“Seluruh warga PDRM mendoakan kesihatan yang berpanjangan buat Muhamad Wirdas Hafiy dan semoga pengalaman menaiki kenderaan PDRM dan merasai menjadi seorang pegawai polis hari ini, akan menjadi satu kenangan berharga buat adik!” jelas kenyataan tersebut. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 10-7-2023 10:52 AM
Tahniah dek. Moga sihat walafiat hendakmya Aamin
Quote Burong_Hantuk 10-7-2023 10:59 AM
sedihnya ya Allah....
Quote Lily_Elizabeth_ 10-7-2023 10:59 AM
Sian dia. Comey dia. Semoga sihat selalu ya anak.
Quote B40tastePosh 10-7-2023 12:40 PM
Kecik2 dah ada tokoh nak pau orang
Quote Simunggu 10-7-2023 01:12 PM

selalunya yg dibagi peluang mcm ini umur mereka tinggal 1-2 bulan shj lagi max...
Quote Decaffeinated 10-7-2023 09:52 PM
B40tastePosh replied at 10-7-2023 12:40 PM
Kecik2 dah ada tokoh nak pau orang

Menurut cerita2 hikayat padang pasir ini antara sebab ada yang dipanggil awal.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.123200 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top