CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Lori Buat Laporan Palsu Diberkas Polis

9-7-2023 06:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 364| Komen: 1

Ampang Jaya: Gara-gara ditipu individu tidak dikenali dalam urusan pembelian sebuah motosikal, seorang pemandu lori diberkas selepas membuat laporan palsu kehilangan kenderaan itu dalam kejadian di Balai Polis Ampang, di sini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 54 tahun itu mulanya tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang berkaitan kehilangan sebuah motosikal.


“Suspek mendakwa motosikal yang diletakkan di Flat Taman Kosas didapati telah hilang sebelum hadir membuat laporan polis sekitar pukul 8 pagi.

“Siasatan dijalankan kemudian mendapati laporan tersebut adalah palsu dan tidak berlaku kehilangan sebagaimana yang dilaporkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, suspek kemudiannya diberkas di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira pukul 1 tengah hari.


“Siasatan mendapati suspek bertindak sedemikian kerana telah ditipu seorang individu tidak dikenali atas pembelian motosikal, selain suspek mendakwa telah membayar RM2,000 kepada individu tersebut.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya.

Jelas Mohd Azam, suspek direman tiga hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 379/182 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diingatkan agar tidak terlibat dalam apa apa perbuatan membuat laporan polis palsu,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 9-7-2023 07:27 PM
Ko dh Kenapa bang?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.040342 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top