CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Pakistan Lari Ke India Kerana Cinta Dibebaskan

9-7-2023 06:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 837| Komen: 5

New Delhi: Seorang wanita Pakistan, Seema Haider dan teman lelakinya dibenarkan ikat jamin oleh sebuah mahkamah di Greater Noida, India kelmarin.

Mahkamah membenarkan ikat jamin dengan mereka dilarang meninggalkan India.


Mereka berkenalan semasa bermain permainan video PUBG dan jatuh cinta selepas itu. 

Seema dan Sachin dibenarkan ikat jamin oleh sebuah mahkamah di Greater Noida. - Times of India

Seema datang ke India secara haram dari Pakistan bersama empat anaknya.

Polis kemudian menahan dan menghantar mereka ke penjara. 

Selepas mendapat ikat jamin daripada mahkamah, mereka mengadakan wawancara khas dengan Zee Media.

Siasatan mendedahkan bahawa Seema meninggalkan Pakistan bersama anak-anaknya pada 11 Mei lalu dan pada 13 Mei lepas, dia sampai ke rumah kekasihnya itu di Rabupura, Greater Noida selepas dibenarkan masuk ke India melalui Nepal secara haram menggunakan visa negara tersebut.


Seema memberitahu polis bahawa dia berhasrat untuk tinggal di India bersama kekasih dan empat anaknya itu. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 9-7-2023 07:55 PM
Nak kata remaja yang baru mengenal dunia...mak 4 anak rupanya....
Quote TOPwind 9-7-2023 08:57 PM
orangbiasaje replied at 9-7-2023 07:55 PM
Nak kata remaja yang baru mengenal dunia...mak 4 anak rupanya....

tapi ada rupalah

tak makan sireh

dan tiada bau ketiak oklah tu
Quote orangbiasaje 9-7-2023 09:06 PM
TOPwind replied at 9-7-2023 08:57 PM
tapi ada rupalah

tak makan sireh


Yg sis tgg fikirkan ni anak2 dia...mak bawak anak2 lari secara haram ke negara lain. Tak tau la dokumemtasi pengenalan diorg nnti camne. Boleh daftar sekolah kat India ke nanti, ke alamatnya tak sekolah langsung?

Hm...kurang2 maknya bukan tinggalkan aja anak demi laki. Harap laki ni mmg berguna dan boleh jadi bapak yg baik la utk diorg.
Quote sharlenetexas 9-7-2023 09:50 PM
Teringat kisah makcik dari johor lari ikut bf ke korea. Tinggalkan anak2 di tanah air. Nak kata birah pun, orangnya dah takde.


Quote ketambangkang 10-7-2023 09:47 AM
teringat cite bajrangi bhaijaan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.043832 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top