CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Lawan Arus Punca Penunggang Ducati Maut Di SUKE Dituduh Esok

9-7-2023 06:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1498| Komen: 14

Ampang Jaya: Lelaki yang menunggang motosikal secara melawan arus hingga mengakibatkan penunggang motosikal Ducati Panigale maut, di Lebuh Raya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE), akan dituduh esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, lelaki berusia 41 tahun dari Kajang, Selangor itu sebelum ini direkodkan keterangan ketika membuat laporan di Balai Polis Trafik Kajang.

Penunggang Ducati Panigale maut tercampak dari motosikalnya sebelum terjatuh dari jambatan di Kilometer 22.2 SUKE akibat mengelak motosikal melawan arus, 14 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, lelaki berusia 41 tahun dari Kajang, Selangor itu sebelum ini direkodkan keterangan ketika membuat laporan di Balai Polis Trafik Kajang.

Pada 14 Jun lalu, Kosmo! melaporkan seorang penunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia akibat parah selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang menunggang secara melawan arus.

Kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, menyebabkan mangsa melanggar penghadang sebelah kiri jalan lalu terhumban dan terjatuh ke bawah pada ketinggian kira-kira 30 meter.

Selain itu, motosikal yang ditunggang mangsa terseret ke tengah jalan dan mayat mangsa ditemui tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) Sungai Klang.

Ekoran kemalangan itu, penunggang motosikal yang menunggang secara melawan arus tampil membuat laporan polis pada 16 Jun lalu.

Siasatan mendapati, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu menunggang demikian kerana tersesat lalu mengambil keputusan menaiki jejambat SUKE untuk pulang ke rumahnya di Kajang. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 9-7-2023 06:28 PM
Semoga jd pengajaran kat rider lain. Dkt highway ko bwh lawan arus mmg menempah maut lah.
Quote JunkMail 9-7-2023 06:43 PM
Lawan arus tu dah bengap.. ride pulak kat lane kanan tu double bengap bertingkek2.
Quote Carcosa 9-7-2023 06:50 PM
Mana anak arwah tu? Besok bolehlah jumpa di mahkamah and demand permohonan maaf tu
Quote pooh~key 9-7-2023 07:15 PM
Sampai sudah identiti suspek babi itteww tak didedahkan dekkk….
Quote TomyamPuteh 9-7-2023 07:34 PM
Dh dpt cekup rupanya si sial tu rupanya. Aku je yg ketinggalan ETS.
Quote Goodluckdontcry 9-7-2023 11:20 PM
SUKE highway ni..bila lalu sblm tahu ketinggiannya..rs ok jer..lps tahu..rs mcm seriau..debar je.. kehkehkeh mgkin sbb den seorg yg gayat kut..

Apapun..moga ko disabit kesalahan sbb budus dan cuai hingga menjadi asbab org lain meninggal..bongok.. harktuihh
Quote FOTHER-MUCKER 10-7-2023 01:32 AM
Berharap akan menerima hukuman yang sewajarnya
Quote shernazz 10-7-2023 07:10 AM
Goodluckdontcry replied at 9-7-2023 11:20 PM
SUKE highway ni..bila lalu sblm tahu ketinggiannya..rs ok jer..lps tahu..rs mcm seriau..debar je.. k ...

Iols lalu kat cheras tu dah MCM kat dalam cite Zaman dulu yang membayangkan kehidupan Zaman 2020 dah..penuh dgn kete terbang...
Tinggi sangat highway ya...rasa cm atas Sana semua terbang je
Quote apech 10-7-2023 08:59 AM
mana muka si pelaku?
Quote rikiruj 10-7-2023 10:27 AM
Banyak kes macamni.. yang bermotor ni dia ingat dia kecik boleh main selit2 ikut suka, lalu lawan arus lah, lalu laluan pejalan kaki lah, lalu masa lampu merahlah, selit sana selit sini.. paling aku sakit hati kalau lane dia jem, dia lalu lane bertentangan dan expect kereta yg lalu lane tu ke tepi supaya dia boleh lalu.. alih2 kita pulak kena ejas ketepi sampai ke tepi jalan.. bila kita buat gitu kita kacau puak2 dia jugak yang lalu kat tepi jalan tu atau ada pejalan kaki..
Quote Burong_Hantuk 10-7-2023 11:12 AM
moga dipermudahkan urusan
Quote Burong_Hantuk 10-7-2023 11:12 AM
moga dipermudahkan urusan
Quote likilu 10-7-2023 11:50 AM
Semalam ada acik tergolek accident motor tengah jalan, makcik n pembonceng remaja keluar lorong, selamba menentang arus dah la time petang. Helmet pun masing masing tak pakai. Natural selection gitulah.

Tu dah depan
Quote matseh 10-7-2023 12:10 PM
Kita tgk samaada hukuman sama tak dgn Sam Ke Ting

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.140589 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top