CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Isteri Gara-Gara Nak Bawa Anak Ke Klinik

9-7-2023 05:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 281| Komen: 0

Ampang Jaya: Hanya kerana berselisih faham membawa anak ke klinik, seorang lelaki warga Myanmar tergamak memukul isterinya di kediaman mereka di Jalan Tasik Tambahan, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, sebelum kejadian wanita Myanmar berusia 36 tahun itu mulanya bertengkar dengan suaminya, 41, pada jam 2 petang.


Katanya, selepas itu suspek bertindak memarahi, mencekik leher, menumbuk kepala dan badan mangsa kerana tidak berpuas hati berkaitan membawa anaknya ke klinik akibat mengalami gatal-gatal.

"Susulan aduan diterima, pada jam 6 petang kelmarin, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya menahan suspek yang bekerja sebagai penyelia.

"Hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati, dia mengalami kecederaan tisu di pipi kiri, dahi dan lengan kiri serta leher," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohd Azam berkata siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.038852 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top