CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah! Wany Hasrita Selamat Bersalin Bayi Perempuan

9-7-2023 05:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2843| Komen: 32

Penyanyi Wany Hasrita selamat melahirkan bayi perempuan secara normal di sebuah pusat perubatan pada petang Sabtu.

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, berkongsi khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.



"Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal.

"Terima kasih pada semua yang mendoakan kami," katanya.

Menerusi perkongsian itu, Wany turut berkongsi gambar anak perempuannya yang sedang mengenggam tangannya.

Dalam pada itu, Wany juga berharap agar anak sulungnya menjadi pengikat kasih sayang antara dia dan suami iaitu Muhd Al-Adib Fahmi Harun, 31.

"Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapak.

"Membesar dgn sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yang lain kelak. Ibu lebiu," tulisnya.


Sebelum ini Wany memaklumkan bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya itu di Kuala Lumpur.

Malah dia dan suami akan berkongsi wajah anak mereka apabila tiba waktu sesuai nanti.

Untuk rekod, Wany dan suami mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Honey_Inara 9-7-2023 05:59 PM
Alhamdulillah tahniah wany dah jadi mak.
Quote OshinDaSolja 9-7-2023 06:01 PM
Tahniah... jadi mummy dh Wany
Quote CurangLagi 9-7-2023 06:14 PM
Tahniah wany
Quote doubleA 9-7-2023 06:18 PM
Tahniah ibu wany barista
Quote makneng 9-7-2023 06:25 PM
Taniya wany booster
Quote sleepandream 9-7-2023 06:56 PM
congratz....
Quote dudaberhias 9-7-2023 07:21 PM
tahniah... itu je kaka mampu komen agittewwww

Quote Ahriman 9-7-2023 07:24 PM
Tahniah..semoga membesar dengan sihat..
Quote imanjannah 9-7-2023 07:30 PM
alhamdulillah.. tahniah
Quote cik_ingeniare 9-7-2023 07:38 PM
Alhamdulillah tahniah
Quote Komenga 9-7-2023 07:49 PM
Wah tahniah dik Wany. Hadiah anniversary.
Quote Lampuled 9-7-2023 07:54 PM
Alhamdulillah Tahniah. Semoga anak dan ibu sihat. Semoga membesar menjadi anak yg hebat dan cerdik mcm ibu bapa dia.
Quote Kancilkering 9-7-2023 07:56 PM
alhamdulilah tahniah
selamat berpantang
Quote Piramida 9-7-2023 07:59 PM
Tahniah...
Semua org doa kan yg baik2.
Tak de isu pun ain.. Tunjuk tak tunjuk muka dan sebagainya.
Quote Sailormoon17 9-7-2023 08:42 PM
Tahniah wany.. Slmt brpntag... Bgus wani ni.. Tau2 je mngndug.. Tau2 je dh brsalin.. Tk pyah drama lebih2... walaupn bru ank 1st...
Quote Binodino 9-7-2023 09:39 PM
Alhamdulillah. Tahniah wany & adib. Semoga Allah berkati keluarga kalian ❤️
Quote Mary_jane 10-7-2023 01:38 AM
Tahniah wany barrista. Selamat berpantang.
Quote Afifi82 10-7-2023 01:39 AM
Tahniah Wany.
Quote I.K.A888990 10-7-2023 01:47 AM
tahniah tahniah

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.044142 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top