CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Pasang Gigi Taring Logam, Implan Kulit, Belah Lidah Dan Cacah Tatu Nak Jadi 'Alien'

9-7-2023 05:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1059| Komen: 8

Brasilia: Memasang gigi taring logam, implan kulit, membelah lidah dan mencacah tatu, antara perubahan unik yang dilakukan Marcelo 'B-Boy' De Souza Ribeiro sepanjang tahun.

Dengan 'transformasi' itu dia diberi jolokan 'lelaki ubah suai dunia' dan sudah berhabis £29,000 (RM173,871.67) untuk kelihatan seperti 'makhluk asing'.


Namun lelaki 40 tahun itu masih belum selesai 'menukar' diri walau 98 peratus tubuh sudah diubah suai, dengan terbaharu dia mengerat jari telunjuk dan membelah tangannya menjadi dua.


Katanya, selepas ini dia merancang membuang lebihan otot dan kulit bagi penampilan berikutnya.

"Saya mengkaji pengubahsuaian tubuh yang dilaksana di dunia dan daripada apa yang saya lihat, belum ada lagi yang melakukan seperti saya.

"Saya mendapat inspirasi daripada filem dan dokumentari mengenai UFO. Penampilan yang saya cari pada tangan saya adalah menyerupai makhluk angkasa lepas," kata artis tatu dari Sao Paulo, Brazil itu.


Dia kini mempunyai 1,500 tatu dan mendakwa perubahan terbaharunya mengambil masa empat bulan untuk disiapkan dengan kos keseluruhan £655 (RM3,927).

Lelaki itu mula mengubah dirinya Februari lalu apabila mengeluarkan lebihan minyak dan lemak di tangan kiri untuk kelihatan lebih langsing.

Marcelo berkata, selepas melihat hasilnya, dia tertarik untuk mengubah suai anggota badan dan mengambil masa dua minggu bagi mengkaji prosedur, sebelum jari telunjuk dibedah.

"Saya tidak menyesal dengan perubahan dilakukan dan saya rasa orang ramai menyukai penampilan baharu saya.

"Saya juga tidak mengalami kesukaran melakukan aktiviti dengan jari ini sama ada menaip, memegang objek dan bermain alat muzik.. semuanya macam biasa," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 9-7-2023 05:40 PM
Saudara iols buat implan gigi pastu kena kanser.


Quote OshinDaSolja 9-7-2023 05:48 PM
akhir jaman ni mcm2... yg haiwan nk jd manusia, yg manusia nk jd haiwan...yg mana paham tu paham la... ni mamat ni sibuk nk jadi alien pulak... ikut hang la labuu...
Quote Goodluckdontcry 9-7-2023 11:40 PM
Den hny blh tulis... ketahikan apakah ini?? Baik ko jd taik kambing dik..xyah byk duit..gentel2 taik kambing tampal dekat muka ko...bkn takat alien..setan iblis jin ifrit semua suka kat ko nanti.... kehkehkeh apo ko bongok tah hobi ko ni mat...
Quote FOTHER-MUCKER 10-7-2023 01:30 AM
Asalkan bahagia selagi tidak menyalahi undang undang.
Quote shernazz 10-7-2023 07:12 AM
Gi Kat planet lain
Rupanya yang bawak UFO Sama je bentuk dgn Kita
Quote Simunggu 10-7-2023 08:50 AM
Alien pun takut tengok tak mcm mereka kata mereka...
Quote Burong_Hantuk 10-7-2023 08:52 AM
huh!!!!!seram!!!
Quote pisanggoreng 10-7-2023 10:29 AM
pepe-the-frog-happy.gif

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.043023 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top